KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Satu sesi Kelas Teknikal Team MAAB – KOPUBI Perak Bhd telah diadakan pada Khamis, 3 Julai 2025 yang lalu, bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd, Station 18, Ipoh.

Sesi ini telah bermula tepat jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, dengan penyertaan dari kalangan tenaga utama KOPUBI seperti Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran, dan wakil Pemasaran MAAB Team KOPUBI.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada En Sharul Baha bin Abd Rahman, selaku Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd, yang turut menekankan kepentingan pembangunan kapasiti dan kefahaman teknikal dalam mendepani keperluan pasaran semasa, khususnya dalam bidang perancangan harta dan pewarisan.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Perjumpaan Bersama Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat)

Sesi utama kelas telah dikendalikan oleh penceramah jemputan, Tn Hj Saba, yang menyampaikan topik bertajuk “Analisis Kos Wasiat: Perbandingan Strategik Antara Buat dan Tidak Buat”.

Kupasan yang dikongsikan bukan hanya bersifat teori semata-mata, tetapi disampaikan secara praktikal dan teknikal, membolehkan peserta menilai secara objektif kos sebenar dalam menyediakan wasiat serta menganalisis risiko kewangan dan undang-undang yang mungkin timbul sekiranya tiada dokumen wasiat disediakan lebih awal.

Antara inti pati penting yang ditekankan termasuklah kaedah mengira kos penyediaan wasiat secara tepat dan telus, pendedahan risiko yang boleh mengancam kestabilan kewangan waris jika berlaku kematian tanpa perancangan harta.

Selain itu beliau menyampaikan ilmu pengetahuan dan strategi komunikasi bagi memudahkan pemahaman pelanggan terhadap keperluan menyediakan wasiat serta panduan teknikal untuk meyakinkan prospek dan klien dengan solusi yang berfakta dan sah dari sudut perundangan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada En Sharul Baha bin Abd Rahman, selaku Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.

Kelas ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan profesional warga pemasaran KOPUBI, dengan hasrat melahirkan pasukan yang bukan sahaja celik ilmu tetapi mampu memberi nilai tambah kepada anggota koperasi dan masyarakat secara keseluruhan.

Sesungguhnya, program seperti ini memberikan impak langsung kepada usaha memperkasakan gerakan koperasi, khususnya dalam menjana pulangan yang lebih lestari melalui produk perancangan harta seperti wasiat.

Ia juga berupaya memperkukuh keyakinan anggota terhadap peranan KOPUBI sebagai entiti koperasi yang dinamik, berwibawa, dan sentiasa mendahulukan keperluan anggotanya.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kelas ini dengan penuh komitmen. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperluas jaringan dan keberkesanan pemasaran kita pada masa akan datang.

Insyallah.

#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #TeamMAABKOPUBI #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia