
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 05hb Mac Disember 2020 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak – Bil.02/2021 bagi sesi 2019/22 di Bilik Mesyuarat Pejabat Urusan PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Station 18 Ipoh Perak.
AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Bazar Ramadhan Bagi Tahun 2021
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan diadakan secara berkala bagi membincangkan Aktiviti yang bakal dijalankan serta program-program PUBI Perak bagi tahun 2021 ini disamping membincangkan perancangan PUBI Perak pada masa akan datang.
Ini adalah Mesyuarat kedua pada tahun 2021 ini dan sekalung Tahniah dan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat yang telah berlangsung ini.
Semoga dipermudahkan segala urusan Jawatankuasa ini di dalam usaha menjayakan misi & visi Persatuan bagi membantu Para Bakal Usahawan dan Usahawan di Bandaraya Ipoh ini.
Dan semoga PUBI Perak juga terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI