PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 24hb Julai 2022 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) Bil.02/2022 bagi sesi tahun 2021/2023.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Lawatan Ke Lokasi Mesyuarat Ahli Majlis Kumpulan PUBI Kali Ke-2
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di M Roof Hotel & Reseidence, Ipoh Perak.
Mempengerusikan mesyuarat ini adalah En. Sharul Rahman selaku pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi En Shahrul Izam serta Ahli Jawatankuasa Induk PUBI Perak yang lain.
Ini adalah Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang kedua yang diadakan bagi tahun 2022 dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara bersemuka.
Pelbagai agenda dan isu-isu semasa serta perkara berbangkit telah dibincangkan oleh seluruh Ahli Jawatankuasa yang mana akhirnya telah berjaya mencapai kata sepakat bagi agenda yang dibentangkan.
Barisan Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang beresyuarat ini adalah sangat komited serta berjaya menunjukkan semangat bepersatuan yang tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain.
Terima kasih dan Tahniah kepada seluruh Ahli Jawatankuasa yang telah hadir pada mesyuarat yang diadakan ini dan bersemangat untuk memajukan NGO keusahawanan di Negeri Perak ini.
Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Jawatankuasa ini di dalam usaha menjayakan misi & visi persatuan yang telah direncana sejak tahun 2016 yang lalu.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI