KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 22hb Julai 2022 yang lalu, Pengerusi Kumpulan PUBI iaitu En. Sharul Rahman bersama Bendari Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) Saudara Mohammad Nafis telah mengadakan lawatan ke lokasi Mesyuarat Ahli Majlis Kumpulan PUBI kali ke-2 yang akan diadakan pada 24hb Julai 2022.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Kursus Asas Pemasaran Berkesan (Siri-2)

Mesyuarat ini akan berlangsung di M Roof Hotel & Residence, Ipoh Perak bermula jam 2 petang sehingga jam 5 petang.

Dijangka seramai 25 orang Ahli Majlis Kumpulan PUBI bagi tahun 2022 termasuk staf sokongan Kumpulan PUBI akan hadir ke mesyuarat kali ke-2 bagi tahun 2022 ini.

Mesyuarat ini antara lain akan membincangkan progres serta tindakan yang telah diambil begi mencapai hala tuju serta matlamat yang telah ditetapkan pada Mesyuarat Ahli Majlis yang telah berlangsung pada Januari 2022 yang lalu.

Disamping itu, satu majlis penyampaian watikah pelantikan jawatan kepada semua Ahli Majlis yang telah dilantik secara rasminya pada Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi dan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Persatuan tempoh hari juga akan diadakan.

Kumpulan PUBI adalah sebuah gabungan yang mengabungkan 2 buah entiti di bawah satu payung di mana kumpulan ini menjadi penggerak utama gerakan usahawan di Bandaraya Ipoh secara khususnya.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia