
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 28hb Mei 2020 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman bersama Tuan Abu Naufal selaku Timbalan Pengerusi telah telah mengadakan sesi perbincangan bersama Tuan Syed Aznil yang merupakan salah seorang pengusaha Cafe di Cameron Highlands iaitu Paknil’s BBQ & Grill.
Turut hadir pada perbincangan ini adalah Bendahari Koperasi iaitu Pn Shams dan rakan niaga kepada Tuan Syed Aznil.
Perbincangan utama pada hari ini adalah untuk memperhalusi kerjasama strategik projek pembekalan Buah Strawberry Segar, Jagung Susu Segar dan Ubi Segar dari Cameron Highlands di antara Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad dengan salah sebuah anak syarikat milik beliau.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Kunjung Hormat Ke Pejabat Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan
Alhamdulillah, perbincangan ini telah berjalan baik dan lancar di mana kedua-kedua pihak telah mencapai terma yang dipersetujui bersama bagi menjayakan projek ini dalam masa terdekat ini.
Insyallah, sama-sama kita doakan projek ini berjaya serta mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada koperasi disamping memberi keuntungan dividen yang besar kepada anggota yang menyertai KOPUBI Perak Bhd.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan serta mengorak langkah menjadi salah sebuah koperasi yang disegani.
Insyallah.
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..
En. Mohamed Helmi Bin Mohamed Fuzi
Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
KOMEN TERKINI