SAAT YANG DITUNGGU TELAH TIBA..

Setelah sekian lama merangcang, akhirnya Pasar Malam anjuran PUBI Perak akan dibuka di Lapangan Jaya iaitu disepanjang Jalan Lapangan 11, Lapangan Sentral berhampiran Restoran Bunga Jasmi.

Maklumat Pembukaan Pasar Malam tersebut adalah seperti berikut;

▶️ Nama Pasar Malam : Pasar Malam PUBI Perak @ Lapangan Jaya 
▶️ Lokasi : Sepanjang Jalan di Lot Perniagaan Lapangan Jaya
▶️ Tarikh Pembukaan : 26hb Februari 2019
▶️ Hari & Masa : Setiap Selasa, 4 – 10pm

Oleh yang demikian, PUBI Perak ingin menjemput penduduk di sekitar kawasan Lapangan Jaya ini untuk hadir beramai-ramai pada hari pertama pembukaan Pasar Malam ini nanti.

Jom kita support peniaga-peniaga pada hari tersebut!

✅ Sebanyak 50 tapak berniaga dibuka
✅ Beraneka jenis jualan seperti makanan & minuman
✅ Jualan barangan keperluan dapur kering dan basah
✅ Bermacam-macam jenis pakaian dan tudung
✅ Jualan buah-buahan dan sebagainya..

Wow! Pasti menyeronokkan.. bukan??


Tolong hebahkan dan share berita baik ini!!!

Kami juga di dalam masa yang sama membuka kepada mereka yang ingin berniaga di pasar malam ini. Permohonan masih lagi dibuka!

Atau Sila hubungi 05-322 3924 untuk pertanyaan.


Peta Tapak Pasar Malam PUBI @ Lapangan Jaya


PUBI Perak juga yang akan dibuka di 3 lagi lokasi yang baharu yang sangat strategik di Bandaraya Ipoh ini seperti berikut:

1) TAPAK PASAR MALAM PUBI PERAK @ TAMAN BOTANI SETIAP HARI RABU (SEPANJANG JALAN MARGOSA B/15, TAMAN SERI BOTANI)

2) TAPAK PASAR MALAM PUBI PERAK @ AMPANG (SEPANJANG JALAN 6A, AMPANG)

3) TAPAK PASAR MALAM PUBI PERAK @ RTC (DI ATAS PADANG SEBELAH PEJABAT FAMA PERAK)


Inilah peluang buat semua untuk mencari rezeki dengan berniaga di tapak-tapak pasar malam yang bakal kami buka ini!

*Sila download dan print sendiri


Atau anda semua boleh hadir ke Pejabat Urusan PUBI Perak untuk mengambil borang SECARA PERCUMA di alamat No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh Perak mulai hari Khamis 1hb November 2018 dari jam 9pg – 5ptg. *Sila hubungi 05-322 3924 untuk temujanji.

NOTA: Jumaat, Sabtu & Ahad Pejabat TIDAK DIBUKA


Semoga dengan pembukaan tapak pasar malam ini akan memberi impak terhadap ekonomi setempat di Bandaraya ipoh ini.

Insyallah.