
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENGORAK LANGKAH APABILA BERJAYA MENJALANKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI YANG PERTAMA SEJAK DITUBUHKAN PADA 22HB OKTOBER 2017 YANG LALU.
Alhamdulillah, pada 7hb April 2019 yang lalu. Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul Baha Bin Abd Rahman.
Mesyuarat yang telah dihadiri oleh hampir 50 anggota koperasi ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kuliah Utama Imam Nafi’, Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak.
Pengerusi di dalam ucapannya telah mengumumkan keuntungan bersih koperasi bagi tahun 2018 selepas audit adalah sebanyak 15%. Terima kasih kepada seluruh anggota Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang telah hadir pada mesyuarat agung ini dan setinggi-tinggi tahniah juga buat 9 orang Ahli Lembaga Pengarah Koperasi yang telah dilantik.
Semoga dengan pelantikan baharu Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memantapkan lagi KOPUBI Perak Bhd serta memberi manfaat kepada seluruh anggota yang menyertai koperasi ini.
Doakan yang terbaik untuk Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd dan semoga Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik diberi kemudahan olehNya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh setiap Anggota Koperasi.
Bagi mereka yang berminat nak join KOPUBI Perak Bhd, keanggotaan sentiasa dibuka.
Insyallah.. Bermula kecil, lama kelamaan akan menjadi BESAR.

Sukacita diumumkan juga barisan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) bagi sesi 2019/20 yang telah dilantik secara rasminya pada Mesyuarat Agung Tahunan kali Pertama yang telah berlangsung dengan jayanya semalam.
Berikut adalah senarai penuh;
1. Sharul Baha Bin Abd Rahman
2. Kudus Alie Novel Bin Mohamat Yunus
3. Mohamad Jamean Bin Zulkepli
4. Mawardah Binti Ahmad Yusni
5. Samsiah Binti Abdullah @ Ahmad
6. Nor Adzman bin Nali @ Razali
7. Mohd Fadzlan Bin Mohamed Fodin
8. Mohd Fhami Bin Mohamed Noordin
9. Nor Zarina Binti Zamzuri
Tahniah kepada semua Ahli Lembaga Pengarah yang telah dilantik dan semoga dengan pelantikan baharu Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memantapkan lagi KOPUBI Perak Bhd serta memberi manfaat kepada seluruh anggota yang menyertai koperasi ini.
Doakan yang terbaik untuk Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd dan semoga Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik diberi kemudahan olehNya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh setiap Anggota Koperasi.
Bagi mereka yang berminat nak join KOPUBI Perak Bhd, keanggotaan sentiasa dibuka. Sila hubungi 05-322 3924 untuk sebarang pertanyaan.
KOMEN TERKINI