
USAHA UNTUK MEMBANTU DAN MEMBANGUNKAN USAHAWAN KECIL MAHUPUN BESAR DITERUSKAN OLEH PUBI PERAK TANPA HENTI DAN JEMU..
Pada 6hb April 2019 yang lalu, telah berlangsung Pengagihan Borang & Pengundian Tapak Bazaar Ramadhan PUBI Perak yang bakal dibuka di Lokasi yang baharu iaitu di Tapak Pasar Malam PUBI Perak di Lapangan Jaya & Tapak Pasar Malam Botani.
Proses Pengagihan Borang dan Cabutan Undi bagi tapak bazaar ramadhan ini telah berlamgsung di Dewan Orang Ramai Kampung Pengkalan Pegoh.
Alhamdulillah, proses hari ini berjalan dengan lancar dan teratur, terima kasih kepada Peniaga yang hadir dan setinggi tahniah buat JK Pasar Malam & Bazaar PUBI Perak yang menjayakan majlis ini.
Usaha murni ini akan diteruskan bagi membantu Masyarakat di dalam meningkatkan ekonomi masing-masing.
Semoga kita mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Insyallah..
#BazaarRamadhan #PUBIPerak
KOMEN TERKINI