DELIMA YANG SELALU MENGHANTUI SETIAP DARIPADA KITA. NAK KAYA TETAPI..? SUSAH…. KENAPA YA?

Ramai ‘orang kita’ yang hendak hidup senang dan menjadi kaya atau banyak duit. Tetapi pada hakikatnya kita susah untuk kaya dan untuk menjadi kaya bukan sekadar bergantung kepada nasib semata-mata.

PUBI Perak ingin kongsikan sebab-sebab mengapa kita susah menjadi kaya seperti yang dikongsikan oleh saudara Azizul Azli Ahmad di laman FB beliau;

1. Malas “menjual diri”, cepat rasa malu dengan semua perkara. 

2. Merasa tidak layak jadi kaya, hanya orang terpilih boleh jadi kaya.

3. Beranggapan yang penting kaya hati, kaya harta itu tidak perlu. Nanti lupa agama katanya.

4. Terlalu menyesali kekurangan diri, merasakan diri sentiasa tidak pandai urus wang.

5. Beranggapan wang hanya berfungsi sebagai memenuhi keinginan dan keperluan sebenarnya wang boleh digunakan untuk berbakti pada orang lain.

6. Tidak percaya teori semakin banyak memberi, semakin banyak kita dapat kembali.

7. Tidak pernah rasa syukur apa yang ada, senantisa meminta minta.

8. Suka menangguh apa sahaja bayaran dan hutang, hanya bayar bila diminta.

9. Hanya menabung bila ada lebihan, bukan tetapkan jumlah simpanan setiap bulan.

10. Tidak pernah melabur, dan hanya yakin dalam bentuk simpanan sahaja.

11. Sibuk nak bekerja diperusahaan ternama sahaja, perusahaan kecil tidak berminat.

12. Tidak menjaga pemakanan, makan untuk sihat bukan untuk kenyang.

13. Kurang bersukan, semakin kita kurang sihat semakin tinggi biaya kesihatan kita.

14. Kurang tidur menjadikan daya fikiran kita tidak kreatif dan kurang daya saingan. Kita lemah berfikir.

15. Beranggapakan kerja sosial hanya membuang masa. Buat rugi saja duit yang ada.

Cara berfikir membezakan kita kaya atau miskin. Kecil pada kita, besar kesannya. 

Jom kita check & balance supaya kita mampu berubah ke arah yang lebih baik..

Insyallah..