MASA BERLALU SANGAT PANTAS DAN KINI HANYA TINGGAL 6 BULAN SAHAJA LAGI UNTUK TAHUN 2018 MELABUHKAN TIRAINYA.
Kepada usahawan di luar sana, bagaimana tahun 2018 anda semua? Adakah segala perancangan berjalan lancar seperti apa yang dirancang atau masih tersasar?
Masih berbaki 6 bulan sahaja lagi untuk kita memburu impian dan matlamat kita bagi tahun 2018. Sudah pasti ada yang tersenyum kerana mencapai sasaran perniagaan dan ada juga yang masih garu kepala memikirkan cabaran perniagaan yang kian mencabar sekarang ini.
Di dalam kesibukan anda menjalankan tanggungjawab anda sebagai usahawan, apa kata anda luangkan masa sedikit untuk ‘reward’ diri anda sendiri dengan pergi bercuti pada musim cuti sekolah yang akan datang ini. Dengan perancangan yang teliti Insyallah percutian yang simple akan membawa makna yang besar untuk diri anda sendiri.
Di situlah kesempatan anda untuk mencari ilham serta membaiki perancangan perniagaan masing-masing untuk tahun yang lebih mencabar iaitu 2019 yang akan menjelma dalam masa 6 bulan sahaja lagi. Di samping anda juga dapat merehatkan minda anda untuk cabaran yang lebih baharu.
Di sini PUBI Perak ingin kongsikan tempat-tempat menarik yang sesuai untuk usahawan di negara kita ini untuk bercuti serta merehatkan minda masing-masing. Tempat-tempat menarik ini telah disyorkan oleh laman page Wonder Fly Asia baru-baru ini.
Apa macam? Sempoi tak tempat-tempat ini? Masih ada masa untuk pergi ke tempat-tempat menarik ini. Jangan lupa masukkan ke dalam ‘wish list’ anda dan pastikan anda dapat pergi ke salah satu tempat di atas ini dalam tahun ini juga.
Selamat maju jaya ya..
Insyallah..
KOMEN TERKINI