
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 18hb April 2025 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri MSU College 2025 bertempat di Ipoh Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI : Ceramah Keusahawanan Jemputan Msu College Ipoh , Perak
Alhamdulillah, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta yang lain telah hadir bagi menyerikan majlis tersebut.
Menghadiri majlis ini bagi mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah En Haizul Fakarudin, Setiausaha Kehormat Persatuan dan Pn. Nor Azlina Omar, AJK PUBI Perak.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan MSU College kerana sudi menjemput Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak untuk memeriahkan masjlis ini.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah.



KOMEN TERKINI