
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Alhamdulillah, sepanjang bulan April 2025, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hub Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan wasiat di mana salah wakil-wakil pemasaran KOPUBI Perak Bhd telah menguruskan pendaftaran pelanggan masing-masing yang telah bersetuju untuk melanggan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPUBI Perak Bhd.
Sesi pendaftaran dan tandatangan dokumen telah diadakan di beberapa lokasi di Bandar Ipoh dan ada yang dibuat dengan jayanya di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Station 18, Ipoh Perak.
Melalui sesi ini, pelanggan tersebut telah diberi penerangan tentang kepentingan pengurusan harta pusaka, hibah, wasiat serta pelantikan wasi semasa hayat dan manfaat yang bakal diperolehi oleh waris yang ditinggalkan sekira berlakunya kematian kelak.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Perjumpaan Bersama Team Myangkasa Amanah Bhd
Setelah memahami serta wujudkan kesedaran itu maka pelanggan tersebut telah bersetuju untuk melanggan perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh pihak KOPUBI Perak Bhd ini.
Untuk makluman semua, KOPUBI Perak Bhd telah dilantik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.
Melalui pelantikan ini, KOPUBI Perak Bhd boleh memberi perkhidmatan serta memasarkan semua produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyAngkasa Amanah Bhd pada kadar yang diselaraskan kepada semua pelanggan.
Dengan ini KOPUBI Perak Bhd telah menjadi sebuah hub penyedia perkhidmatan ini dan bakal menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta berdaya maju.

Semoga dengan adanya perkhidmatan tambahan ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.
Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah.
#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia



KOMEN TERKINI