KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.
Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI Perak adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.
Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 28hb April 2021 yang lalu, Kumpukan PUBI telah selesai mengadakan sebuah Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan dan Aidifitri kepada Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah di Chemor Perak.
AKTIVITI KUMPULAN PUBI YANG LALU: Penyerahan Insentif Bantuan Persekolahan B40 2021
Majlis tersebut bukan sahaja melibatkan entiti di bawah Kumpulan PUBI iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI), tetapi turut melibatkan 2 buah entiti yang besar di Negeri Perak iaitu Butik Gondola 31 selaku Butik Vendor No.1 di Negeri Perak dan juga J&T Express Malaysia (Negeri Perak) selaku penyedia pekhidmatan kurier ternama di Malaysia.
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan IzniNya majlis yang dirancang tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan jaya di mana En. Sharul Rahman selaku Pengerusi telah mewakili PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd menjalankan amanah dengan menyerahkan sumbangan duit raya, dana sebanyak RM1,000 kepada Rumah Kebajikan ini serta menyediakan juadah Iftar kepada penghuni ini untuk berbuka puasa.
Turut hadir mewakili PUBI dan KOPUBI Perak Bhd ke majlis penyerahan ini adalah Timbalan Pengerusi PUBI dan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd En. Shahrul Izam, Bendahari PUBI En. Mohammad Nafis dan AJK En. Haizul Fakarudin.
Untuk makluman semua, sumbangan-sumbangan di atas adalah hasil daripada kutipan derma yang telah diberikan oleh para dermawan yang hebat lagi ikhlas yang terdiri di kalangan Ahli Persatuan, Anggota Koperasi dan juga orang awam.
Sumbangan yang diamanahkan kepada kami, telahpun berjaya disalurkan kepada golongan yang memerlukan ini pada majlis yang berlangsung itu dan sesungguhnya Allah SWT akan membalas segala jasa baik para penderma serta diberikan pahala yang berlipat kali ganda dan diberikan rezeki yang melimpah-ruah olehNya.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Pihak Gondola 31 yang sudi menaja pakaian baju raya yang baharu buat semua anak-anak yatim penghuni di sini dan terima kasih juga kepada Pihak J&T Express Malaysia Negeri Perak yang sudi menaja pengangkutan serta barang-barang keperluan lain termasuk keperluan dapur serta cucian disamping menyerahkan juga keperluan pencegahan wabak covid-19 seperti Face Mask dan juga Hand Sanitizer.
Tidak dilupakan ucapan Tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd yang telah bertukus lumus bagi menjayakan program yang dirancang ini serta ahli-ahli persatuan dan koperasi yang mendokong penuh pelaksanaan program amal ini.
Semoga usaha ini diberkati olehNya dan semoga kita mendapat keredhaan dariNya pada bulan yang mulia ini.
Insyallah..
KOMEN TERKINI