KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 19hb Julai 2024 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd Bil.01/2024 dan telah dipengerusikan oleh En Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi.
Mesyuarat ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di pejabat Kumpulan PUBI yang terletak Station 18 Ipoh Perak dan telah dihadiri oleh Setiausaha Koperasi En Haizul Fakarudin dan Penolong Setiausaha Pn Zuraida Zulkepli.
Turut hadir adalah Anggota Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang telah dilantik pada Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd kali-6 yang berlangsung pada 30hb Jun 2024 yang lalu.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Team MyAngkasa Amanah Bhd
En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd telah mengetuai perbincangan dan mengetuai semakan draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd kali ke-6 yang telah disediakan oleh En Haizul Fakarudin selaku Setiausaha KOPUBI Perak Bhd.
Matlamat utama penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menyemak serta memastikan bahawa minit Mesyuarat Agung Tahunan yang dicatatkan adalah tepat serta mematuhi Undang-undang Kecil KOPUBI Perak Bhd.
Alhamdulillah, segala semakan telah dibuat dengan teliti serta berjalan dengan lancar.
Setelah semakan ini dibuat dan diteliti maka Anggota Mesyuarat telah memutuskan bahawa draf ini boleh diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi tindakan seterusnya.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI