
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 22hb Jun 2022 yang lalu, Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan ke lokasi Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Kali-4 yang dijangka berlangsung pada 26hb Jun tahun 2022 ini. Untuk Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd kali ke-4 ini akan berlangsung di Dewan TT, TAJ International College yang beralamat di No.100-102, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh Perak.
Dijangka seramai 130 orang Anggota KOPUBI Perak Bhd akan hadir ke mesyuarat yang akan diadakan secara bersemuka ini setelah tidak dapat dijalankan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan akibat Pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia.
Pelbagai agenda Mesyuarat Agung Tahunan telah ditetapkan mengikut peruntukkan undang-undang kecik penubuhan koperai dan aturan yang telah ditetapkan. Disamping itu, satu majlis penyampaian Bantuan Persekolahan kepada Anggota kategori B40 turut akan diadakan pada mesyuarat itu nanti.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPUBI BIL 02-2022
Tetamu VIP yang dijangka hadir pada Mesyuarat ini nanti adalah Berbahagia Prof.Madya Dato Dr Hji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik selaku Timbalan presiden ANGKASA dan Yang Berusaha Puan Tina Tajuddin selaku Ketua Pegawai Executife Taj International College.
Pihak KOPUBI Perak Bhd juga sangat berbesar hati mengumumkan bahawa Berbahagia Prof.Madya Dato Dr Hji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik akan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd Kali Ke-4 ini nanti. Sama-sama kita doakan agar Mesyuarat ini nanti akan berjalan dengan lancar dan seperti mana dirancang serta segala usul yang dibawa akan diluluskan sebulat suara oleh para anggota yang akan hadir nanti.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak. Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI