PUBI PERAK DENGAN KERJASAMA HAAZA CENTRE OF EXCELLENCE AKAN MENGANJURKAN SEBUAH KURSUS LATIHAN DAN KEMAHIRAN IAITU KURSUS KEMAHIRAN MEMBUAT ‘WESTERN FOOD’. 

👩‍🍳 Menu pilihan kali ini adalah teknik dan kemahiran membuat ‘Chicken Chop Special’!

Haaza Centre of Excellence adalah salah sebuah pusat pengajian swasta yang pakar di dalam bidang masakan dan kulinari di Bandaraya Ipoh ini.

Melalui kerjasama ini pihak Haaza telah bersetuju untuk menyediakan tempat latihan yang sangat ekslusif kepada pihak PUBI Perak untuk menjalankan kursus kemahiran yang sangat ditunggu-tunggu oleh ahli dan bukan ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak.


Kursus Kemahiran Membuat Meat Ball Homemade sebelum ini telah berlangsung di Haaza dengan kerjasama PUBI Perak.

Kursus kemahiran dan latihan membuat ‘Chicken Chop Special’ adalah terbuka kepada semua Ahli & Bukan Ahli PUBI Perak atau sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas warganegara Malaysia.

Kursus Kemahiran ini akan diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman iaitu Chef Yusuf Salleh yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di Haaza Centre of Excellence. 

Beliau sangat terlatih dan berpengalaman luas di dalam industri masakan, bertauliah serta diiktiraf oleh JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran). Beliau juga di dalam masa yang sama adalah merupakan Presiden kepada Persatuan Chef Perak.


Sambutan yang sangat-sangat menggalakkan dari para peserta yang hadir!

Pendaftaran bagi Kursus Kemahiran ini telah dibuka dan teruskan membaca untuk dapatkan info lanjut di bawah ini.

Maklumat kursus kemahiran ini adalah seperti berikut;

Tarikh: 09hb Mac 2019 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: HAAZA Centre of Excellence, No 49, Jalan Lapangan Terbang, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

*Berhampiran Masjid Kampung Melayu Gunung Rapat.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN & BAYARAN;

➡ Bilangan Peserta: Terhad kepada 50 orang terawal sahaja (Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan).

➡ Syarat Penyertaan: Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Bayaran masuk:
– RM100 seorang (Bukan Ahli PUBI Perak)
– RM50 seorang (Ahli PUBI Perak)


😱 TAWARAN HEBAT!

JIKA ANDA MENDAFTAR SEGERA DAN BAYARAN SEBELUM 4HB MAC 2019 INI.

PIHAK PUBI PERAK AKAN BERI DISKAUN DAN BAYARAN HANYA RM70 UNTUK SEORANG PESERTA!

(*UNTUK MEREKA YANG BUKAN AHLI BERDAFTAR PUBI PERAK SAHAJA)

Nota: Yuran Penyertaan dikenakan untuk penyediaan bahan-bahan mentah untuk membuat ‘Chicken Chop Special’ ini dan hasil tangan peserta boleh dibawa balik untuk jamuan seisi keluarga anda di rumah.


KENAPA ANDA WAJIB MENYERTAI KURSUS INI!

✅ Bengkel ini dijalankan oleh tenaga pengajar yang diiktiraf DAN BERPENGALAMAN.

✅ Anda akan dapat mempelajari resepi serta teknik mudah untuk membuat ‘Chicken Chop Special’ di rumah.

✅ Anda juga boleh memulakan bisnes ‘Chicken Chop’ secara kecil-kecilan dengan MODAL YANG SANGAT KECIL.

✅ Kami juga akan menjemput wakil dari pihak TEKUN Nasional untuk berkongsi panduan membuat pinjaman serta mendapatkan bantuan kewangan dari pihak mereka.

✅ Kami juga akan menjemput pakar di dalam bidang pemakanan untuk berkongsian tentang kepentingan perlabelan makanan & nutrisi pada produk makanan dan sebagainya.

➡ Sijil Penyertaan ‘Kursus Kemahiran’ akan disediakan oleh Pihak HAZZA Centre of Excellence.

Terbuka kepada warga negara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan semua digalakkan untuk join Kursus Kemahiran Membuat ‘Western Food’ ini di mana anda berpeluang untuk mempelajari resepi serta teknik membuat ‘Chicken Chop Special’.


Pendaftaran Kursus Kemahiran Membuat ‘Western Food’ Anjuran PUBI Perak Dengan Kerjasama Haaza Centre of Excelence Kini Telah Dibuka!

Click link untuk mendaftar sila click: 👇

www.wasap.my/60195763924/KursusHaazaPubi
www.wasap.my/601139553211//KursusHaazaPubi

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN; 6hb Mac 2019 (Rabu)

PENDUDUK LUAR IPOH PUN DIGALAKKAN UNTUK MENYERTAI KURSUS KEMAHIRAN MEMBUAT WESTERN FOOD ANJURAN PUBI PERAK DENGAN KERJASAMA HAAZA CENTRE OF EXCELLENCE

“Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini!”

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 019-576 3924 (Pn. Ieda)/ 011-3955 3211 (Pn. Shams)

Insyallah..