AKTIVITI EDARAN RISALAH BERKENAAN DENGAN PERMOHONAN TAPAK BERNIAGA PASAR MALAM PUBI PERAK YANG KINI TELAH DIBUKA!
Pada 22hb & 26hb Oktober yang lalu, AJK PUBI Perak telah mengadakan program edaran risalah berkaitan dengan permohonan tapak berniaga Pasar Malam PUBI Perak yang telah dibuka di Tapak Pasar Malam Station 18 dan Taman Bersatu, Simpang Pulai, Perak.
Alhamdulillah, sambutan terhadap peniaga-peniaga di sini amatlah positif dan mereka sangat teruja dengan pembukaan Pasar Malam yang bakal dibuka dan dianjurkan oleh PUBI Perak ini.
PUBI Perak dalam rangka kerjanya akan membuka 3 tapak pasar malam yang baharu di lokasi yang sangat strategik di Bandaraya Ipoh ini. Inilah peluang buat semua untuk menambah pendapatan dengan berniaga di tapak-tapak pasar malam yang bakal kami buka ini.
Untuk melihat Photo lanjut berkaitan aktiviti ini sila klik →Tapak pasar malam tersebut adalah di lokasi-lokasi seperti berikut:
1) CADANGAN SETIAP HARI SELASA : TAPAK PASAR MALAM OFF JALAN GOPENG, TAMAN RAJA EKRAM (LALUAN UTAMA KG. MELAYU GUNUNG RAPAT KE SPPK, JALAN PASIR PUTEH) Klik untuk lihat lokasi →
2) CADANGAN SETIAP HARI RABU : TAPAK PASAR MALAM JALAN MARGOSA B15, SERI MARGOSA, TAMAN SERI BOTANI (BERHAMPIRAN RESTORAN LAKSA SARANG VIRAL TAMAN BOTANI, IPOH) Klik untuk lihat lokasi →
3) CADANGAN SETIAP HARI KHAMIS : TAPAK PASAR MALAM JALAN 6A, AMPANG (BERHADAPAN PPOC PERAK) Klik untuk lihat lokasi →
Sehubungan dengan itu, PUBI Perak dengan sukacitanya membuka permohonan tapak pasar malam ini kepada semua yang berminat untuk berniaga di tapak-tapak pasar malam anjuran PUBI Perak ini.
Borang permohonan berniaga di tapak pasar malam ini boleh di download melalui link di bawah ini;
Sila Klik Untuk Download Borang*Sila download dan print sendiri
Atau anda semua boleh hadir ke Pejabat Urusan PUBI Perak untuk mengambil borang SECARA PERCUMA di alamat No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh Perak mulai hari Khamis 1hb November 2018 dari jam 9pg – 5ptg. *Sila hubungi 05-322 3924 untuk temujanji.
NOTA: Jumaat, Sabtu & Ahad Pejabat TIDAK DIBUKA
BORANG DIEDARKAN PERCUMA!
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 30HB NOVEMBER 2018!
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami melalui link ini →
Semoga dengan pembukaan tapak pasar malam ini akan memberi impak terhadap ekonomi setempat di Bandaraya ipoh ini.
Insyallah..
KOMEN TERKINI