KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 26hb Disember 2019 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah dikunjungi oleh wakil daripada Kilang Beras Mihoda Sdn Bhd yang beroperasi di Pokok Sena, Kedah Darul Aman.
Mewakili syarikat ini adalah Pengurus iaitu Encik Mohd Sokri Bin Haji Musa @ Ismail manakala mewakili pihak koperasi Cik Nor Zarina selaku Ahli Lembaga Koperasi dan juga merupakan Bendahari Kehormat PUBI Perak.
Banyak perkara telah dibincangkan termasuklah kerjasama strategik yang bersesuai di antara kedua-dua pihak.
Untuk pengetahuan semua, Kilang Beras Mihoda Sdn Bhd adalah sebuah kilang pengeluaran beras berjenama Beras Rasa Riang Super 5.
Perjumpaan Pihak KOPUBI dengan Hospital Pantai –>
KILANG BERAS YANG TELAH BEROPERASI HAMPIR 35 TAHUN
Kilang Beras Mihoda Sdn Bhd ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan telah mempunyai beberapa cawangan di Seremban Negeri Sembilan, Jerteh Terengganu & Kota Bharu Kelantan.
Beras Rasa Riang Super 5 ini telah mendapat sambutan kerana produk yang dihasilkan oleh orang melayu.
Nasi juga boleh tahan lama, lambat basi, nasi lebih lembut serta kurang berkanji.
Selain dari itu, ianya adalah produk muslim, terjamin halal dan bersih serta beras terbaik dalam negara. Hasil perbincangan tersebut telah mendapat sambutan baik oleh pihak KOPUBI PERAK BHD.
Semoga adanya jalinan usahasama bersama pihak Kilang Beras Mihoda Sdn Bhd dan kami ucapkan ribuan terima kasih diatas kunjungan hormat En Mohd Sokri Bin Haji Musa @ Ismail.
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..
Pembiayaan Peribadi Bai’ Al-Inah KOPUBI Perak Bhd –>
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..
Cik Nor Zarina Zamzuri
Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
KOMEN TERKINI