PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 11hb Oktober 2023 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menyertai sebuah anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bahagian Kesejahteraan Bandar iaitu Konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Baharu.

Mengetuai deligrasi PUBI Perak ke konvensyen gilang gemilang ini adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak dan telah disertai juga oleh oleh En Haizul Fakarudin selaku Setiausaha Persatuan, Saudara Mohamad Nafis selaku Bendahari Persatuan dan En Khairul Akmal selaku Ahli Jawatankuasa Persatuan.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Persediaan Konvensyen PEKB 2023

Deligrasi PUBI Perak ke konvensyen ini turut disertai oleh seramai 16 orang peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar bagi tahun 2021, 2022 & 2023 di bawah seliaan PUBI yang telah terpilih berdasarkan kategori kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bahagian Kesejahteraan Bandar.

Kategori pemilihan yang ditetapkan itu adalah berdasarkan pendapatan yang dapat dijanakan sepanjang program PEKB ini berlangsung iaitu sebanyak minima RM600 sebulan selama 3 bulan di dalam tempoh pemantauan yang telah ditetapkan.

Pada Konvensyen yang berlangsung ini, PUBI Perak telah diberi tanggungjawab oleh pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bahagian Kesejahteraan Bandar untuk membuka sebuah booth pameran berkaitan kursus pembaikan telefon bimbit.

Alhamdulillah, YBhg Datuk Wira M Noor Azman bin Taib selaku Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan YBhg Dato’ Haji Mohd Noorazam Bin Dato’ Haji Osman selaku Datuk Bandar Johor Bahru telah berkesempatan untuk singgah melawat Booth PUBI Perak di Konvensyen Permerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar 2023 ini dan telah disantuni oleh En Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak.

YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga telah merasmikan Konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2023 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor ini.

Konvensyen ini merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUK Johor), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Komunikasi Digital (KKD) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Konvensyen PEKB diadakan bertujuan untuk memberi motivasi lanjutan kepada peserta Program PEKB untuk membangunkan kapasiti dan keupayaan dalam semua aspek perniagaan.

Melalui penganjuran Konvensyen ini, KPKT mengambil pendekatan baharu dengan menerapkan model elemen inisiatif sokongan kepada peserta komuniti usahawan sebagai nilai tambah khususnya dari sudut pemasaran produk dan promosi seiring dengan pasaran terbuka secara atas talian.

YBhg Datuk Wira M Noor Azman bin Taib selaku Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan YBhg Dato’ Haji Mohd Noorazam Bin Dato’ Haji Osman selaku Datuk Bandar Johor Bahru telah berkesempatan untuk singgah melawat Booth PUBI Perak di Konvensyen Permerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar 2023 ini dan telah disantuni oleh En Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak.

Seramai 500 orang usahawan program PEKB bagi tahun 2021, 2022 dan 2023 serta 25 reruai (booth) usahawan PEKB, Agensi Kerajaan dan NGO terlibat dalam konvensyen ini.

Ia mempamerkan pelbagai jenis perkhidmatan dan produk usahawan PEKB serta maklumat berkaitan bantuan pembiayaan perniagaan.

Selain itu, bimbingan turut diberikan kepada usahawan PEKB bagi pengembangan perniagaan untuk meningkatkan taraf usahawan sara diri dan usahawan informal kepada sekurang-kurangnya bertaraf Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Justeru, ia merupakan platform perkongsian maklumat daripada Agensi Kerajaan, NGO dan usahawan Program PEKB yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Bersempena dengan konvensyen ini turut diadakan sesi penyampaian Anugerah Ikon Usahawan Berjaya kepada lima (5) orang usahawan PEKB terbaik mengikut kategori yang ditetapkan. Penilaian dibuat berdasarkan perniagaaan yang dibangunkan, tahap pencapaian dan juga sumbangan semula kepada masyarakat.

Pengiktirafan kejayaan usahawan dari ‘zero to hero’ ini juga dapat memberi suntikan semangat kepada usahawan yang lain untuk lebih berjaya seterusnya mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Dalam majlis sama, sebanyak empat (4) jenis produk usahawan PEKB telah dilancarkan iaitu Produk berasaskan Maman, Fateen’s Frozen, Sos Pencicah Inang Sari dan Pannipuree ala Vietnam.

Produk-produk ini telah dihasilkan melalui inovasi dan kreativiti peserta bagi mencipta satu kelainan dalam dunia perniagaan.

Program PEKB telah dilaksanakan oleh KPKT bermula dari tahun 2013 dan sehingga kini seramai 16,294 orang usahawan PEKB telah berjaya dilatih di bawah program ini.

Ia merupakan salah satu program yang sangat efektif dalam membantu Kerajaan bagi membendung isu kemiskinan tegar di bandar.

YBrs. Tuan Haji Suhaimi Bin Ali @ Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) KPKT telah hadir bagi menyampaikan ucapan penutup pada Konvensyen PEKB 2023 ini.

Peserta Program PEKB akan diberikan latihan keusahawanan selama tujuh (7) hari bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta supaya mampu mengusahakan perniagaan dan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup agar dapat keluar daripada garis kemiskinan.

Selaras dengan usaha Kerajaan MADANI untuk memastikan tiada siapa yang dipinggirkan, KPKT bersama-sama NGO optimis melaksanakan Program PEKB dengan lebih cemerlang pada masa hadapan agar lebih ramai usahawan komuniti bandar berjaya dilahirkan.

Justeru, Program PEKB diharap dapat mengurangkan masalah kemiskinan bandar yang semakin meruncing seterusnya hasrat Kerajaan MADANI untuk membendung kemiskinan tegar berjaya dicapai.

Majlis turut dihadiri YBrs. Tuan Haji Suhaimi Bin Ali @ Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) KPKT; YB Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru serta Pengurusan Tertinggi KPKT dan ketua jabatan peringkat negeri dan daerah.

PUBI Perak juga ingin berterima kasih kepada pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) untuk melaksanakan program ini di bawah kementerian dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.

Adalah menjadi harapan semua pihak agar program ini dapat memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak #ProgramPEKB