PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 11hb Mac 2025 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Perjumpaan Bersama Team MyANGKASA Amanah Bhd anjuran KOPUBI Perak Bhd bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd,Station 18, Ipoh Perak.

Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan aktiviti Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka yang ditawarkan oleh KOPUBI Perak Bhd kepada Anggota dan juga Masyarakat Umum.

Untuk makluman, ini adalah perjumpaan ketiga bagi tahun 2025 melibatkan Pengurus Kumpulan dan Pengurus Pemasaran KOPUBI Perak Bhd bagi melaksanakan usahsama strategik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.

Baca Lanjut

KONGRES KOPERASI KEBANGSAAN 2024

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK. 

Terkini pada 26hb Julai 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menyertai kontinjen ANGKASA Negeri Perak ke Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Seramai 7 orang wakil daripada KOPUBI Perak Bhd yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi iaitu En Safuan Othman telah mengetuai kontinjen ini serta dibantu oleh En. Mohamad Nafis selaku Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.

Seramai 40 orang Kontinjen ANGKASA Negeri Perak yang terdiri daripada Ahli Lembaga Koperasi Anggota ANGKASA Negeri Perak telah menyertai rombongan ini dengan menaiki bas seawal jam 5 pagi.

Baca Lanjut