PUBI PERAK SECARA RASMINYA MENJADI PENGANJUR BERSAMA BAGI PROGRAM ‘KARNIVAL LUMUT KOMER’ YANG DIJANGKA BERLANGSUNG PADA 29 – 31HB DISEMBER 2018 INI!
Karnival Lumut Komer adalah sebuah karnival keusahawanan yang diilhamkan sendiri oleh Ahli Parlimen Lumut, YB Dato’ Dr. Hatta Ramli dan diterjemah dan ditambahbaik oleh Zulis Marketing dengan kerjasama sama PUBI Perak dan PERSALAM.
Karnival besar-besaran yang bakal berlangsung di EMV Hall, Seri Manjung, Perak ini juga mendapat sokongan padu daripada Majlis Perbandaran Manjung serta mendapat tajaan daripada Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda dan TNB Janamanjung Sdn. Bhd. selaku penaja bersama karnival ini.
Karnival ini bakal mengumpulkan para usahawan tempatan, syarikat korporat, agensi kerajaan dan peniaga IKS tempatan. Di samping pameran dan jualan, Karnival ini juga menawarkan pengisian ilmu keusahawanan dan perkongsian maklumat mengenai bantuan yang tersedia dan boleh diteroka oleh usahawan.
Pengunjung-pengunjung akan sentiasa dihiburkan dengan pelbagai jenis aktiviti tarikan pengunjung yang diatur sepanjang 3 hari seperti pertunjukan Didi & Friends, Pertandingan Mewarna, Fun Run, Aktiviti Rakyat, Tarian Kebudayaan, Pertandingan Karaoke dan Pertunjukan dari artis-artis tempatan dan banyak lagi.
Sewaan tapak/ruang niaga Karnival Lumut Komer kini telah dibuka —>
DIJANGKA 300,000 ORANG PENGUNJUNG AKAN MENGUNJUNGI KARNIVAL LUMUT KOMER INI NANTI!
Sehubungan dengan itu, PUBI Perak selaku penganjur bersama karnival ini ingin membuka tawaran hebat kepada mereka yang ingin berniaga di tapak karnival ini pada kadar sewaan yang menarik dan sudah pasti ada pakej istimewa buat Ahli Berdaftar PUBI Perak!
Sewaan tapak/ruang niaga Karnival Lumut Komer kini telah dibuka —>
KOMEN TERKINI