KARNIVAL LUMUT KOMER 2018 KINI MELABUHKAN TIRAI..

Alhamdulillah, pada 29hb – 31hb Disember 2018 yang lalu, PUBI Perak telah berjaya menganjurkan bersama sebuah Karnival yang diberi nama ‘KARNIVAL LUMUT KOMER’.

Karnival Lumut Komer adalah sebuah karnival keusahawanan yang diilhamkan sendiri oleh Ahli Parlimen Lumut, YB Datuk Wira Dr. Hatta Ramli dan diterjemah dan ditambahbaik oleh Zulis Marketing dengan kerjasama sama PUBI Perak dan PERSALAM.

Klik untuk melihat koleksi gambar Karnival Lumut Komer 2018 —>

Karnival besar-besaran yang bakal berlangsung di EMV Hall, Seri Manjung, Perak ini juga mendapat sokongan padu daripada Majlis Perbandaran Manjung serta mendapat tajaan daripada Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda dan TNB Janamanjung Sdn. Bhd. selaku penaja bersama karnival ini.

Karnival ini telah mengumpulkan para usahawan tempatan, syarikat korporat, agensi kerajaan dan peniaga IKS tempatan. Di samping pameran dan jualan,



Antara agensi-agensi kerajaan yang menyertai pameran adalah SME Corp Malaysia, PUNB, TEKUN Nasional dan juga agensi dari MARA. Karnival ini juga menawarkan pengisian ilmu keusahawanan dan perkongsian maklumat mengenai bantuan yang tersedia dan boleh diteroka oleh usahawan.

Pengunjung-pengunjung sentiasa dihiburkan dengan pelbagai jenis aktiviti tarikan pengunjung yang diatur sepanjang 3 hari seperti pertunjukan Didi & Friends, Pertandingan Mewarna, Fun Run, Aktiviti Rakyat, Tarian Kebudayaan, Pertandingan Karaoke dan Pertunjukan dari artis-artis tempatan dan banyak lagi.



Karnival ini juga turut menerima kehadiran daripada EXCO Kerajaan Negeri Perak iaitu YB Hasnul Zulkarnain selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO.

Ini adalah pengalaman yang sangat berharga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan akan menjadi bekalan untuk semangat untuk terus menganjurkan event-event yang berskala besar pada masa hadapan.

Insyallah.