DAFTAR SEGERA KURSUS USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!


PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

Buat pertama kali PUBI Perak di bawah JK Pembangunan Wanita PUBI Perak dengan kerjasama Open University Malaysia Negeri Perak (OUM Perak) akan menganjurkan sebuah program khas untuk usahawanita-usahawanita yang menjadi penggerak kepada pembagunan ekonomi negara.

Program tersebut adalah Hari Terbuka dan Bengkel Usahawanita PUBI Perak & OUM Perak. Objektif utama program ini adalah untuk menghimpunkan usahawanita-usahawanita di dalam satu program yang sangat berimpak tinggi!

Antara pengisian program ini adalah:

1. Program sharing motivasi serta perkongsian pengalaman oleh Usahawanita yang berjaya di Negeri Perak yang juga merupakan Ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak.

2. Sharing kebaikan dan manfaat yang ditawarkan oleh PUBI Perak kepada Usahawanita di Negeri Perak disamping kita mengetahui kelebihan yang kita perolehi apabila kita duduk di dalam satu kumpulan usahawan yang hebat.

3. Para peserta yang hadit berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat serta mendapat kenalan yang baharu disamping membina network untuk perniagaan masing-masing.

Selain itu PUBI Perak juga ada menubuhkan sebuah koperasi, maka inilah peluang untuk anda mengetahui kelebihan dan manfaat yang ditawarkan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd dan di dalam masa yang sama anda juga boleh mendapat info-info terkini berkaitan aktiviti dan program-program anjuran PUBI Perak terutamanya JK Pembangunan Wanita PUBI Perak.


Jadi, siapa yang perlu hadir ke Program Hari Terbuka Usahawanita PUBI Perak 2019 ini?

1. Usahawan Wanita yang mempunyai peniagaan, tidak kira apa jenis perniagaan asalkan yang menjana pendapatan walaupun di rumah.

2. Kaum hawa yang ingin memulakan perniagaan dan perlukan sokongan daripada Pihak Persatuan.

3. Usahawan Wanita yang ingin mengembangkan perniagaan masing-masing dan berjiwa BESAR!

Jika anda tergolong daripada kategori yang dinyatakan di atas ini maka ANDALAH yang layak untuk menyertai program anjuran JK Pembangunan Wanita PUBI Perak dengan kerjasama Open University Malaysia Negeri Perak (OUM Perak) yang berimpak tinggi ini!

Jadi, apa lagi…. moh semua kaum wanita di Bandaraya Ipoh ini! Kita serbu ke program yang julong kali diadakan ini! Terhad kepada 100 PESERTA TERAWAL SAHAJA!


Butiran lanjut berkenaan tentang Program ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 21hb September 2019
Masa : 9.00 pagi – .3.00 ptg
Tempat : Open University Malaysia 71 Jalan Lim Bo Seng 30300 Ipoh, Perak

Yuran Masuk : RM20 Sahaja! (Termasuk Lunch)

Peringatan: Program ini khas untuk kaum wanita sahaja.


JOM DAFTAR SEGERA KURSUS USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!