PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 29hb Jun 2020 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak – Bil.03/2021 bagi sesi 2019/22 secara di dalam talian menggunakan aplikasi google meet.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Sesi Penyerahan Dokumen Perjanjian Program PEKB 2021

Untuk makluman semua, ini adalah pertama kali Mesyuarat AJK Induk PUBI Perak diadakan secara talian susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakkan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia yang mana Mesyuarat secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.

Mesyuarat yang berlangsung ini adalah mesyuarat kali ketiga diadakan bagi suku tahun kedua tahun 2021 dan telah dipengerusikan oleh En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan.

Pada mesyuarat kali ini juga telah membincangkan segala agenda mesyuarat yang telah ditetapkan serta membincangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2021 disamping membincangkan program-program yang bakal dilaksanakan oleh PUBI Perak bagi tahun 2021 ini.

Sekalung tahniah dan setinggi terima kasih diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa yang sangat komited untuk hadir secara di dalam talian walaupun dalam suasana perintah kawalan pergerakan serta peningkatan kes Covid-19 yang amat membimbangkan pada waktu ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan Jawatankuasa ini di dalam usaha menjayakan misi & visi Persatuan bagi membantu Para Bakal Usahawan dan Usahawan di Bandaraya Ipoh ini.

Dan semoga PUBI Perak juga terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak
#NGOUsahawan