PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 08hb November 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Celik Whatsapp Business.
Bengkel yang julong kali diadakan ini memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari teknik serta kemahiran menggunakan aplikasi ‘whatsapp business’ yang sangat membantu di dalam perniagaan masing-masing.
AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Mesyuarat AJK Induk PUBI Perak Bil – 03/2020
Peserta juga telah mengetahui ilmu baru tentang kelebihan serta fungsi whatapp business yang tidak diketahui umum di mana aplikasi ini banyak membantu kita di dalam menguruskan peniagaan dengan mudah, cepat dan efektif.
Dengan memaksimumkan penggunaan whatapp business ini, peserta yang hadir akan lebih mudah di dalam menguruskan pelanggan termasuk data-data pelangan diselia dengan lebih sistematik dan tersusun.
Antara teknik-teknik mengoptimakan Whatapp Business yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang bengkel ini adalah teknik membalas whatapps dengan lebih pantas dan mudah serta teknik menapis (filter) pelanggan dengan berkesan supaya mereka akan mendapat pelanggan yang ‘genuine’ dan berkualiti.
Mereka juga mempelajari teknik membalas whatapp secara automatik (Auto-Reply) dan juga teknik membina e-katalog di dalam whatapp bagi memudahkan pelanggan menilai serta membeli produk yang dijual oleh mereka.
Selain itu, mereka juga telah berpeluang mengetahui teknik membina profile perniagaan di dalam whatapp business supaya lebih menarik disamping menyerlahkan identiti perniagaan dan lokasi perniagaan mereka.
Bukan itu sahaja, tenaga pengajar di dalam bengkel ini turut menyediakan kelas bonus di mana beliau telah menurun ilmu serta cara-cara untuk setup wasap.my yang ramai orang tidak tahu dan beliau mendedahkan cara-cara menggunakan whatapps auto reply/responder.
Tertalu banyak ilmu yang mereka pelajari tentang whatsapp business ini dan ternyata para peserta sangat berpuas hati dan beriltizam untuk meningkatkan keupayaan perniagaan masing-masing menggunakan ilmu yang telah dipelajari sepanjang bengkel ini.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI