MAJLIS ASPIRASI DAN SESI DIALOG GERAKAN KOPERASI NEGERI PERAK 2021

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 30hb Mac 2021 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak telah dijemput untuk hadir ke sebuah majlis iaitu Majlis Aspirasi Dan Sesi Dialog Gerakan Koperasi Negeri Perak 2021.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke majlis yang julung kali dianjurkan ini adalah Tuan Pengerusi koperasi En Sharul Rahman dan Tuan Timbalan Pengerusi Koperasi iaitu Tuan Kudus Alie Novel (Abu Naufal).

Majlis telah dihadiri oleh koperasi-koperasi yang berdaya maju di daerah kinta dan turut melibat koperasi-koperasi di daerah lain yang turut bersama secara langsung di tempat masing-masing menggunakan aplikasi zoom.

Baca Lanjut →

PERMOHONAN BSN MICRO PEMERKASA: PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT RM50,000

INFO: PERMOHONAN BSN MICRO PEMERKASA – PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT RM50,000

Para usahawan kini boleh memohon pembiayaan mikro kredit melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu BSN Micro Pemerkasa.

Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac yang lalu mengumumkan pelaksanaan 20 inisiatif Pemerkasa yang mana inisiatif ke-6 yang diumumkan adalah kemudahan mikro kredit kepada para usahawan mikro dan juga PKS dengan dana sebanyak RM500 juta.

Salah satu kemudahan mikro kredit yang ditawarkan menerusi Pemerkasa adalah BSN Micro Pemerkasa dengan dana sebanyak RM300 juta bagi usahawan mikro dan PKS yang layak dan diuruskan oleh BSN.

Baca Lanjut →

BENGKEL KEMAHIRAN MEMBUAT MEE KUNING (SIRI KE-5)

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 27hb Mac 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak melalui Ahli Jawatankuasanya telah menganjurkan sebuah bengkel yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Kemahiran Mambuat Mee Kuning.

Untuk pengetahuan semua, bengkel kemahiran membuat mee kuning ini adalah kali yang ke-5 anjuran Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) yang diketuai oleh Pn Zuraida Zulkepli.

Baca Lanjut →

PERMOHONAN SPIN TEKUN: BANTUAN SEKTOR INFORMAL SEHINGGA RM5,000

INFO: PERMOHONAN SPIN TEKUN – BANTUAN SEKTOR INFORMAL SEHINGGA RM5,000

Bagi usahawan sektor informal yang memerlukan bantuan pembiyaan, anda boleh memohon inisiatif daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional iaitu Skim Pembiayaan Informal (SPIN).

Untuk makluman, sektor informal ialah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

SPIN telah dilancarkan oleh Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 21 Disember tahun lalu yang bermatlamat untuk memberikan manfaat kepada 10,000 usahawan sektor informal di seluruh negara.

Baca Lanjut →