BENGKEL KEMAHIRAN PHOTOSHOP (LEVEL 2)

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 29hb Februari 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Kemahiran Photoshop (Level 2) anjuran PUBI Perak bersama Mr. Kenny.

Kelas ini diadakan bagi membantu usahawan di dalam meningkatkan serta memajukan perniagaan masing-masing dan ini adalah kelas kali ke-4 yang telah diadakan oleh PUBI Perak.

Baca Lanjut

BILAL DISIMBAH PETROL, DIBAKAR MENINGGAL DUNIA

TERKINI – BILAL DISIMBAH PETROL, DIBAKAR MENINGGAL DUNIA

BILAL Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat, Mergong yang disimbah petrol sebelum dibakar, bulan lalu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (Kebakaran), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, hari ini.

Allahyarham Amri Budin, 66, yang dilaporkan tenat pada 11 pagi menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 petang selepas 22 hari menerima rawatan.

Anak sulung Allahyarham, Shahrizal Amri, 40, berkata arwah bapanya koma selepas menjalani pembedahan mengambil isi paha bagi menggantikan bahagian kulit melecur di bahagian kiri badannya.

Baca Lanjut

JOM DAFTAR BENGKEL ASAS PEMBINAAN LAMAN WEB & BLOG

JOM DAFTAR – BENGKEL USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!


PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

Bengkel tersebut adalah Bengkel Asas Pembinaan Laman Web & Blog di mana melalui bengkel ini peserta akan mempelajari cara untuk membina laman web & blog menggunakan WordPress, SEO – Teknik menaikkan ranking website & blog di dalam Google serta cara untuk menyenaraikan perniagaan anda di dalam Google Map & carian Google melalui Google My Business.

Kami sangat faham kepentingan pemasaran melalui laman web dan blog di kalangan usahawan dan bakal usahawan yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini.

Sekiranya kita gagal menambah ilmu serta gagal memahami perubahan semasa di dalam bidang pemasaran, kita berkemugkinan besar akan mengalami kegagalan yang akan mengakibatkan kerugian besar termasuklah wang ringgit, tenaga dan masa kita yang sangat berharga.

Baca Lanjut

COVID-19: MALAYSIA TERTINGGI DI ASIA TENGGARA

TERKINI – COVID-19: MALAYSIA TERTINGGI DI ASIA TENGGARA

MALAYSIA menjadi negara tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) selepas mencatatkan 428 kes, dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati jumlah terkini itu berikutan terdapat 190 kes positif Covid-19 baharu setakat 12 tengah hari.

“Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu itu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Baca Lanjut