JOM DAFTAR – BENGKEL USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!


PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

Bengkel tersebut adalah Bengkel Asas Pembinaan Laman Web & Blog di mana melalui bengkel ini peserta akan mempelajari cara untuk membina laman web & blog menggunakan WordPress, SEO – Teknik menaikkan ranking website & blog di dalam Google serta cara untuk menyenaraikan perniagaan anda di dalam Google Map & carian Google melalui Google My Business.

Kami sangat faham kepentingan pemasaran melalui laman web dan blog di kalangan usahawan dan bakal usahawan yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini.

Sekiranya kita gagal menambah ilmu serta gagal memahami perubahan semasa di dalam bidang pemasaran, kita berkemugkinan besar akan mengalami kegagalan yang akan mengakibatkan kerugian besar termasuklah wang ringgit, tenaga dan masa kita yang sangat berharga.

Oleh itu marilah sertai bengkel anjuran PUBI Perak ini dengan nilai pelaburan wang ringgit anda serendah RM80 sahaja di mana anda akan mendapat pulangan pelaburan dalam bentuk manfaat dan kebaikan serta akan memberi impak kepada perniagaan masing-masing.

ANTARA TOPIK-TOPIK YANG AKAN DIAJAR SEPANJANG BENGKEL INI ADALAH;

1. Asas Laman Web
• WordPress.com dan wordpress.org
• Domain
• Hosting
• Plugin
• Blog
• E-commerce

2. Sesi Hands on 1
• Penyediaan domain dan hosting
• Pemilihan design website
• Pembinaan website
• Plugin
• Publishing website

3. Sesi Hands on 2
• Asas SEO
• Cara menetapkan SEO untuk laman web dan blog
• Pencarian keywords : Google search dan Google trends
• Akaun Google
• Penyenaraian di Google

4. Sesi Hands On 3
• Google Business
• Penutup

MAKLUMAT BENGKEL INI ADALAH SEPERTI BERIKUT;

Tarikh : 11hb April 2020
Hari : Sabtu
Masa : 9am – 5pm
Tempat : Pejabat Urusan PUBI Perak, Station 18, Ipoh Perak.
Bayaran : RM100 (Bukan Ahli) | RM80 (Ahli) | Bayaran termasuk makan/minum & sijil penyertaan.

Nota: Wajib bawa lap top & mouse sendiri. Peserta juga digalakkan untuk membawa data (internet) sendiri.

TERHAD KEPADA 20 TERAWAL SAHAJA! TARIKH AKHIR BAYARAN ADALAH PADA 6HB APRIL 2020.

Apa kelainan bengkel ini berbanding bengkel yang lain di luar sana?

  • Anda akan belajar cara membina laman web tanpa perlu tahu pengaturcaraan
  • Template laman web diberikan percuma
  • Akaun WordPress percuma untuk membuat latihan selama 30 hari selepas kelas
  • Group support untuk bantu anda selepas kelas tamat
  • Pengajar merupakan pengamal yang sebenar

Kelas ini akan dijalankan secara ‘Hand On’ dan dijalankan di dalam bentuk yang santai serta ‘interactive’.

Jangan lepaskan peluang anda semua untuk join kelas yang julong kali diadakan ini!

Memang BEST! RUGI TAK JOIN..!