
KEMALANGAN – WANITA MAUT LANGGAR PERONDA POLIS
KANGAR: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh pacuan empat roda polis di persimpangan lampu isyarat di Jalan Raja Syed Alwi – Persiaran Wawasan berhampiran Jabatan Veterinar Perlis tengah hari tadi.
Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, mangsa, Azila Che Pa, 31 dari Kampung Ujong Batu, Utan Aji maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepalanya.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata ketika kejadian, pacuan empat roda yang dipandu anggotanya sedang membawa seorang lagi anggota polis bersama dua anggota tentera dari Utan Aji menuju ke bandar Kangar melalui persimpangan lampu isyarat terbabit.
Baca Lanjut →





KOMEN TERKINI