![](https://i0.wp.com/www.pubiperak.com/wp-content/uploads/2020/05/2018_JH160917UT006_1584796995.jpg?resize=600%2C400&ssl=1)
ISU SEMASA – PENJELASAN ISU PELAJAR PH.D UTM
Susulan tular kisah seorang pelajar UTM Skudai yang sedang mengikuti program Ph.D dalam jurusan kejuruteraan awam balik ke kampong halamannya di Malan, Dangi dan tinggal bersama Abang kandungnya dalam khemah usang.
Pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah tampil memberi penjelasan seperti di bawah ini. Difahamkan juga, pihak Lembaga Zakat Selangor turut tampil memberi penjelasan berkaitan isu yang sama ini.
PENJELASAN ISU PELAJAR PH.D UTM
Merujuk kepada posting di media sosial berkenaan seorang pelajar UTM, yang balik ke kampung. Memang benar beliau sedang mengikuti program Ph.D di Sekolah Kejuruteraan Awam.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Pelajar Ph.D Kejuruteraan Awam UTM Tinggal Dalam Khemah
Beliau telah mendapat biasiswa dana penyelidikan (meliputi yuran dan sara hidup) dan telah diberi peluang bekerja sambil belajar sebagai pembantu penyelidik pelajar (SLPP RA) sebaik tempoh biasiswa tamat.
Pelajar juga pernah dibenarkan menangguhkan pengajian selama dua semester atas sebab kesihatan.
UTM telah menghubungi pelajar bagi mendapatkan maklumat lanjut agar bantuan tambahan dapat diberikan, berdasarkan kelayakan.
UTM sangat prihatin kepada semua aspek kebajikan pelajar dan juga amat menghargai keprihatinan semua pihak terhadap pelajar.
UTM juga ingin memohon jasa baik agar semua pihak tidak menyebarkan berita yang tidak sahih, tanpa mengetahui perkara sebenar bagi menjaga kesejahteraan bersama.
Pejabat Hal Ehwal Korporat
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru, Johor
2 Mei 2020
Prof Ir Dr Wahid Omar, UTM Vice Chancellor turut memuat naik info yang sama di laman facebook beliau seperti di bawah ini;
Sumber: UTM Newshub
KOMEN TERKINI