KISAH KEHIDUPAN – TULAR PELAJAR UNIVERSITI TINGGAL DI KHEMAH, USTAZ EBIT LEW SINGGAH MELAWAT
Tular sebelum ini di media sosial, kisah seorang pelajar UTM Skudai yang sedang mengikuti program Ph.D dalam jurusan kejuruteraan awam balik ke kampong halamannya di Malan, Dangi diviralkan oleh pemandu kenderaan IPD yang menghantar beliau balik sebelum ini.
Pelajar tersebut, Maznah Binti Ismail yang terkandas dalam kampus sejak penularan wabak Covid 19 dibenarkan balik ke kampong bersama pelajar lain selepas larangan PKP dilonggarkan oleh Kerajaan.
Beliau tinggal bersama dalam khemah usang itu ialah Abang kandungnya, Radzuan bin Ismail bersama isteri dan 6 orang anak beliau. Radzuan bekerja di Kilang Sawit di Batu 10, tidak mampu mendirikan rumah baharu.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Pelajar Ph.D Kejuruteraan Awam UTM Tinggal Dalam Khemah
Kisah tersebut telah mendapat perhatian Penceramah Bebas yang sangat banyak membantu masyarakat ketika ini iaitu Ustaz Ebit Lew turut terkesan dan telah menanam semangat untuk bertemu dengan keluarga berkenaan.
Sebak dari semalam lihat gambar rumah keluarga ini di Malan N.Sembilan. Selepas sahur terus ke sana. Syukur saya bersama ketua kampung dan ahli kariah membantu saya berjumpa abang ini.
Mereka semua ambil berat hal abang ini. Bila sampai dekat rumah tengok rumah terus rasa nak menangis. Keluarga ini semua kenal saya. Terima kaseh ustaz datang jauh-jauh. Rezeki bertemu disini.
Beliau bersama isteri dan 2 anak kecilnya duduk disini semenjak PKP ini. 2 anak di universiti. Sebelum ini beliau cuma seorang diri sebab kerja di kilang di Malan. Gaji kecil.
Mereka ada rumah asnaf di Selangor oleh zakat selangor. Mereka tersangkut terus disini sebab PKP. Ini tapak rumah arwah mak ayahnya yang terbakar 2015. Sedang menunggu keputusan memohon rumah pprt. Mereka bersyukur dan jenis tidak meminta-minta.
Tenang jer. Tadi sampai tengah mengaji Al-Quran.
Ujar Ustaz Ebit Lew di Facebook beliau.
Ustaz Ebit Lew memaklumkan bahawa tujuan beliau datang adalah untuk cari rumah sementara kepada mereka tetapi dimaklumkan YB dan penduduk setempat akan menguruskannya perkara tersebut.
BIODATA USTAZ EBIT LEW; Insan Yang Banyak Menyantuni Masyarakat Dengan Hikmah
Oleh yang demikian beliau hanya memberi duit belanja pada keluarga tersebut. Pagi ini juga YB setempat berkata kepada tuan rumah akan uruskan hantar keluarga ini balik ke klang terlebih dahulu.
Dimaklumkan mereka telah menyediakan sebuah van.
” Terima kaseh pada YB dan penduduk setempat yang akan menguruskan semuanya.”
“Syukur Alhamdulillah Yb, DO, zakat selangor, BaitulMal Negeri Sembilan membantu menghantar bantuan. Syukur Alhamdulillah. Syukur. Semoga Allah mudahkan semuanya.” Tambah beliau pada posting tersebut
Akhir sekali Ustaz Ebit Lew mendoakan agar ‘rumah kecil’ abang ini dapat dibina selepas PKP ini. Inyallah..
Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew
KOMEN TERKINI