BANTUAN PKP 3.0: SENARAI BANTUAN PEMERKASA+ YANG DIUMUMKAN

TERKINI: BANTUAN PKP 3.0 – SENARAI BANTUAN PEMERKASA+ YANG DIUMUMKAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini, mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) bernilai RM40 bilion bagi mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri menjelaskan, ia membabitkan suntikan fiskal oleh kerajaan berjumlah RM5 bilion.

Katanya, pelaksanaan PEMERKASA Plus menetapkan tiga matlamat utama iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Baca Lanjut

ASTRAZENECA PERJELAS KEBIMBANGAN STATUS HALAL VAKSIN

TERKINI: ASTRAZENECA PERJELAS KEBIMBANGAN STATUS HALAL VAKSIN

JAKARTA: AstraZeneca hari ini menyatakan vaksin COVID-19 tidak mengandungi ramuan yang berasal dari babi, susulan kenyataan di Indonesia, negara Muslim paling ramai di dunia, vaksin terbabit melanggar undang-undang Islam.

Majlis ulama tertinggi di Indonesia, Majlis Ulama Indonesia (MUI), di laman webnya Jumaat lalu menyatakan bahawa bahawa vaksin itu ‘haram’ kerana proses pembuatannya menggunakan “trypsin dari pankreas babi”.

Bagaimanapun, majlis meluluskan vaksin AstraZeneca untuk digunakan memandangkan keadaan darurat pandemik.

Baca Lanjut

NINJA VAN: KISAH SEORANG TRADER SAHAM YANG BERJAYA MEMBUKA STARTUP SEHINGGA TERKENAL DI ASIA TENGGARA

NINJA VAN: KISAH SEORANG TRADER SAHAM YANG BERJAYA MEMBUKA STARTUP SEHINGGA TERKENAL DI ASIA TENGGARA

Perkembangan dunia E-commerce nampaknya semakin berkembang dandalam masa yang sama diterima oleh orang ramai. Banyak kelebihan yang berlaku diantara para penjual dan juga pembeli yang menggunakan platform E-commerce semasa urusniaga dijalankan.

Kebaikan yang diperolehi bagi pihak penjual adalah mereka tidak perlu menyewa kedai untuk menjual barangan mereka dan dari situ mereka boleh menjimatkan kos operasi syarikat mereka. Kepada pembeli pula, mereka mendapat manfaat dengan membeli barangan dengan harga yang lebih murah berbanding dengan kedai yang fizikal yang biasa.

Perkembangan E-commerce semakin meningkat dari tahun ke tahun dan seiringan itu juga, perkhidmatan penghantaran barang juga telah menerima tempias yang sama.

Baca Lanjut

RAJA KURMA YUSUF TAIYOOB – DARI PENJUAL MINYAK WANGI KEPADA EMPAYAR KURMA TERBESAR DI MALAYSIA

KISAH KEJAYAAN: RAJA KURMA YUSUF TAIYOOB – DARI PENJUAL MINYAK WANGI KEPADA EMPAYAR KURMA TERBESAR DI MALAYSIA

Alhamdulillah, Ramadhan telah meninggalkan kita semua, sungguh sekejap masa berlalu dan sudah pasti kita akan merindui bulan yang sangat mulia ini. Sudah pasti juga kita akan merindui saat berbuka puasa dengan hidangan kurma yang lazat lagi menyelerakan. Sudah pasti ramai yang masih terngiang-ngiang di telinga iklan bisikan kurma Yusuf Taiyoob bukan?

Keunikan iklan tersebut membuatkan jenama kurma tersebut menjadi jenama kurma nombor satu di Malaysia. Tetapi tahukah anda pengasasnya dahulu mengalami masalah kesihatan yang teruk sehingga muntah darah disebabkan tertekan dengan masalah perniagaan?  

Ini merupakan cebisan kisah kejayaan Raja Kurma Yusuf Taiyoob untuk kita jadikan motivasi kita kita untuk terus cekal di dalam dunia perniagaan terutamanya ketika waktu pandemik yang sedang melanda dunia ketika ini.

Baca Lanjut