BAYI SEMBILAN BULAN MAUT TERTINGGAL DALAM KERETA

Kredit Photo – Bernama

TERKINI – BAYI SEMBILAN BULAN MAUT TERTINGGAL DALAM KERETA

KUANTAN, 17 Feb  — Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut, dipercayai selepas bapanya terlupa mangsa berada dalam kereta semasa keluar bekerja di Kompleks Tun Abdul Razak di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa ditemukan bapanya yang berusia 38 tahun dalam keadaan terbaring di kerusi bayi di tempat duduk belakang kereta semasa hendak keluar makan tengah hari. 

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik (semuanya perempuan), iaitu berusia enam dan 10 tahun dipercayai telah berada dalam kereta jenis Perodua Alza dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Baca Lanjut

LELAKI MENINGGAL DUNIA KETIKA BERZIKIR SELEPAS SOLAT SUBUH

TERKINI – LELAKI MENINGGAL DUNIA KETIKA BERZIKIR SELEPAS SOLAT SUBUH

Seorang lelaki meninggal dunia selepas selesai mengerjakan solat Subuh secara berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Kerjasama, Kluang awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama jemaah lain termasuk sekumpulan pelajar tahfiz sedang berzikir sebelum dia tiba-tiba mengalami sesak nafas.

Saksi, Ustaz Muhd Abd Rahman berkata, arwah sempat mengurut dadanya beberapa kali lalu rebah.

Baca Lanjut

COVID-19: 6 KAKITANGAN PERUBATAN CHINA MAUT, LEBIH 1,700 ORANG LAGI JADI MANGSA JANGKITAN

TERKINI – COVID-19: 6 KAKITANGAN PERUBATAN CHINA MAUT, LEBIH 1,700 ORANG LAGI JADI MANGSA JANGKITAN

China memaklumkan 6 orang kakitangan perubatan maut akibat Covid-19 dan 1,716 lagi turut menjadi mangsa jangkitan virus berkenaan.

Menurut Timbalan Menteri Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, Zeng Yixin, kebanyakan kakitangan perubatan yang menjadi mangsa bertugas di Hubei, wilayah yang menjadi pusat kepada kemunculan virus berkenaan sejak Disember 2019.

”Keadaan persekitaran yang perlu dihadapi kakitangan perubatan yang bertugas di barisan hadapan adalah sangat membebankan.

Baca Lanjut

COVID-19: ANGKA KEMATIAN DI CHINA CECAH 1,380, LEBIH 63,800 DIJANGKITI

“Seramai 10,204 orang berada dalam keadaan kritikal,” maklum Suruhanjaya Kesihatan China.

TERKINI – COVID-19: ANGKA KEMATIAN DI CHINA CECAH 1,380, LEBIH 63,800 DIJANGKITI

Jumlah mereka yang dijangkiti wabak penyakit Covid-19 di seluruh China meningkat kepada 63,851 orang dengan 1,380 pesakit meninggal dunia, lapor agensi berita Sputnik memetik Suruhanjaya Kesihatan China pada Jumaat.

“Sehinga tengah malam 13 Februari, Suruhanjaya Kesihatan menerima maklumat mengenai 63,851 kes penyakit radang paru-paru berpunca daripada koronavirus jenis baharu di 31 wilayah, termasuk 55,748 orang kini menghidap penyakit itu.

“Seramai 10,204 orang berada dalam keadaan kritikal, 1,380 meninggal dunia dan 6,723 dibenar keluar hospital,” menurut kenyataan suruhanjaya itu.

Baca Lanjut