EKSEKUTIF KHAZANAH POSITIF COVID-19

Sumber berkata pekerja itu ialah Kes 26, satu daripada empat kes baru yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

TERKINI – EKSEKUTIF KHAZANAH POSITIF COVID-19

Khazanah Nasional Berhad hari ini mengesahkan salah seorang kakitangannya dijangkiti wabak Covid-19 dan usaha sedang dijalankan untuk mengesan kontak rapat kakitangan tersebut.

Khazanah tidak menyatakan maklumat lanjut tetapi sumber memberitahu Malaysikini bahawa kakitangan itu ialah Kes 26, iaitu salah satu daripada empat kes baru yang diumumkan Kementerian Kesihatan hari ini.

Sumber itu berkata kakitangan itu adalah pegawai kanan pengurusan Khazanah.

Baca Lanjut

DUA BERADIK DITEMUKAN LEMAS

TERKINI – DUA BERADIK DITEMUKAN LEMAS

LIPIS 29 Feb. – Dua beradik yang hilang dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Jelai kelmarin ditemukan lemas hari ini.

Mayat mangsa, Siti Nur Hidayah Mohd Rosli,19, dan Siti Suhaida Mohd Rosli, 15, ditemukan berasingan di dua lokasi oleh pasukan penyelamat yang memulakan operasi pada pukul 8 pagi hari ini.

Seorang ditemukan terapung 1.5km dan seorang lagi 3 km dari lokasi kejadian.

Baca Lanjut

KOREA UTARA JATUHKAN HUKUMAN MATI JIKA RAKYATNYA DIJANGKITI WABAK CORONAVIRUS?

LUAR NEGARA – KOREA UTARA JATUHKAN HUKUMAN MATI JIKA RAKYATNYA DIJANGKITI WABAK CORONAVIRUS?

Seorang pegawai tinggi Korea Utara telah ditembak mati selepas disahkan oleh doktor mengidap coronavirus selepas pulang daripada lawatan ke China.

Menurut Secret Beijing, dilaporkan pesakit pertama wabak coronavirus ini ditembak mati oleh pemerintah diktator. Namun perkara ini tidak jelas kebenarannya kerana ia masih belum disahkan oleh mana-mana agensi.

ni merupakan langkah paling drastik pernah diambil bagi menghentikan penyebaran wabak coronavirus oleh Kim Jong Un.

Baca Lanjut

‘SAYA MENYESAL, SAYA REDA DENGAN HUKUMAN INI’ – IBU DIPENJARA 18 TAHUN KERANA LEMASKAN ANAKNYA TERKENCING DALAM SELUAR

LUAR NEGARA – ‘SAYA MENYESAL, SAYA REDA DENGAN HUKUMAN INI’ – IBU DIPENJARA 18 TAHUN KERANA LEMASKAN ANAKNYA TERKENCING DALAM SELUAR

Di Brooklyn, seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun kerana melemaskan anak perempuannya berusia dua tahun dengan membenam kepala mangsa dalam bekas berisi air, dalam kejadian empat tahun lalu.

Lin Li, 28, didakwa di mahkamah pada Jun 2019 atas pertuduhan membunuh dan dua lagi pertuduhan di mana dia menyebabkan kecederaan pada anak perempuannya, Melody Zheng, sehingga meninggal dunia.

Juri juga mendapati Li bersalah di atas pertuduhan yang sama di mana Li membenam kepala anak lelakinya berusia empat tahun ke dalam air, sehari sebelum Melody dibunuh.

Baca Lanjut