
KEMALANGAN – ANGGOTA POLIS MAUT PULANG TUGASAN PKP
ANGGOTA polis maut selepas skuter ditunggangi terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 55 Jalan Ipoh-Taiping dekat Kuala Kangsar ketika pulang daripada tugasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.
Dalam kejadian 4.40 petang, mangsa Sarjan A Rahman Yeob, 59, yang juga Timbalan Ketua Balai Polis Padang Rengas disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang skuter Yamaha Ego LC dari arah Padang Rengas menuju Kuala Kangsar.
Baca Lanjut →





KOMEN TERKINI