COVID-19: MALAYSIA DALAM FASA PEMULIHAN TERAKHIR – NOOR HISHAM

PKPB yang bermula pada 4 Mei lepas berjaya menurunkan nilai kebolehjangkitan atau R0 (R-naught) sehingga 0.3 berbanding 0.6 ketika pelaksanaan PKP, kata Dr Noor Hisham. – Gambar fail BERNAMA

COVID-19: MALAYSIA DALAM FASA PEMULIHAN TERAKHIR – NOOR HISHAM

PUTRAJAYA: Malaysia kini dalam fasa pemulihan terakhir susulan kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lepas berhasil mengurangkan penularan kes baharu COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada ketika ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei lepas turut berjaya menurunkan nilai kebolehjangkitan atau R0 (R-naught) sehingga 0.3 berbanding 0.6 ketika pelaksanaan PKP.

“… jadi dalam kita melihat (kes COVID-19 di Malaysia) kita ada permodelan, kita lihat modelling yang kita gunakan. Waktu sebelum PKP, kita lihat kita punya kebolehjangkitan, R0 itu ialah 3.55, bermakna seseorang itu boleh menjangkiti 3.55 orang, dan apabila kita laksanakan PKP, kita dapat kurangkan R0 sehingga 0.6 dan sekarang ini (semasa PKPB) kita punya R0 0.3.

Baca Lanjut

PANDUAN LENGKAP UNTUK BUAT e-FILING CUKAI PENDAPATAN

INFO: PANDUAN LENGKAP UNTUK BUAT e-FILING CUKAI PENDAPATAN

Pada tarikh 27 Februari 2020, Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi 2020.

Di antara kandungan pakej tersebut adalah penundaan ansuran bulanan cukai pendapatan bagi perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan akibat penularan COVID-19.

Beliau turut mengumumkan pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik. Selain itu, rakyat Malaysia diberi baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, kereta api, dan penginapan di hotel berlesen.

Baca Lanjut

MB PERAK ZAHIR PENGHARGAAN ATAS KEBERANIAN GURU SELAMATKAN EMPAT REMAJA HANYUT

TERKINI: MB PERAK ZAHIR PENGHARGAAN ATAS KEBERANIAN GURU SELAMATKAN EMPAT REMAJA HANYUT

Kerajaan Perak menzahirkan penghargaan kepada seorang guru yang mempertaruhkan nyawa menyelamatkan empat remaja perempuan yang hanyut setelah kereta mereka terhumban ke dalam tali air di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah pada Rabu lalu.

Video tindakan berani Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil yang juga seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama Rakyat Parit 25 Baroh, Tanjung Bayan, Hutan Melintang tular di media sosial selepas berjaya menyelamatkan kesemua mangsa.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri turut akan mempertimbangkan sumbangan khas kepada Muhammad Nor Imran atas keberaniannya itu.

Baca Lanjut

MEKAH AKAN DIBUKA SEMULA 31 MEI INI

TERKINI: MEKAH DIBUKA SEMULA 31 MEI INI

MAKKAH: Arab Saudi mengumumkan “rancangan normalisasi dua fasa” pada awal Khamis (28 Mei) bagi Mekah dengan tujuan untuk melonggarkan langkah-langkah terhadap COVID-19 serta kembali ke kehidupan biasa secara beransur-ansur. Demikian dilaporkan agensi berita Anadolu hari ini.

Fasa pertama akan bermula pada 31 Mei di mana perihal memasuki dan meninggalkan Mekah bakal dibenarkan dari jam 6.00 pagi hingga 3.00 petang, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri melalui kenyataannya.

Solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjid al-Haram akan diteruskan sejajar dengan langkah-langkah kesihatan sedia ada, tambah kenyataan itu.

Baca Lanjut