ABANG DIJEMPUT AJAL SELEPAS SEJAM KEBUMIKAN IBU

KISAH KEHIDUPAN: ABANG DIJEMPUT AJAL SELEPAS SEJAM KEBUMIKAN IBU

Ajal dan maut itu merupakan rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa yang dapat menghalang andai kematian itu tiba. Namun, sebagai manusia biasa, kita seharusnya redha dengan ketentuan tersebut kerana itu semua adalah takdir daripada Maha Kuasa.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Shari Saidin telah menceritakan kisah duka keluarga mereka apabila kehilangan dua orang tersayang hanya dalam satu hari sahaja.

Menurut Shari, mereka adik beradik baharu sahaja mengebumikan ibunda tersayang yang meninggal dunia selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital. Walaupun tidak menunjukkan sakit yang serius, namun ibu mereka meninggal dunia dengan mudah tanpa menunjukkan petanda.

Baca Lanjut

USTAZ EBIT LEW HADIAHKAN BEG TANGAN BERJENAMA KEPADA ISTERI DAN IPHONE 11 UNTUK ANAK

KISAH KEHIDUPAN: USTAZ EBIT LEW HADIAHKAN BEG TANGAN BERJENAMA KEPADA ISTERI DAN IPHONE 11 UNTUK ANAK

Semalam (kelmarin), penceramah bebas Ustaz Ebit Lew telah meraikan ulang tahun anak sulungnya, Airis Safiyyah yang ke-11.

Bagi menghargai pengorbanan si isteri yang berkorban melahirkan dan membesar anak-anak, Ustaz Ebit telah menghadiahkan beg tangan berjenama buat isterinya.

“I love u bidadariku. Hari lahir anak. Kena kiss dan terima kaseh pada bidadari yang berkorban melahirkan anak semuanya. Terima kaseh sudi menemani abang dalam hidup ini.

Baca Lanjut

SEMBUR RACUN MENGGUNAKAN DRON, BEKAS PELAJAR ILP RAIH PENDAPATAN LUMAYAN

KISAH KEHIDUPAN: SEMBUR RACUN MENGGUNAKAN DRON, BEKAS PELAJAR ILP RAIH PENDAPATAN LUMAYAN

Seorang bekas pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) memperolehi pendapatan RM5,000 sebulan dengan menawarkan perkhidmatan menyembur racun di sawah padi menggunakan dron.

Mohd Saifullah Halim, 22, dari Kampung Paya Nedam memulakan bisnes perkhidmatannya ketika tempoh Perintah Kawalan Perintah (PKP) pada April lepas.

Beliau yang sebelum ini mengambil jurusan teknologi plastik di ILP Jitra berkata kepada BERNAMA, perkhidmatan itu menjana pendapatan lumayan baginya.

Baca Lanjut

SEMAKAN PEMBAYARAN RAYUAN BPN FASA 3 MULAI 24 JUN

INFO: SEMAKAN PEMBAYARAN RAYUAN BPN FASA 3 MULAI 24 JUN

Bagi individu yang telah diluluskan rayuan BPN (Bantuan Prihatin Nasional) fasa ketiga, bayaran BPN akan mula dikreditkan ke akaun pemohon mulai 24 Jun 2020.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, 181,000 rayuan BPN fasa 3 telah diluluskan melibatkan jumlah sebanyak RM162 juta.

Pembayaran BPN fasa 3 ini melibatkan individu yang telah membuat rayuan daripada 11 hingga 31 Mei 2020. BPN adalah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Baca Lanjut