MEKAH AKAN DIBUKA SEMULA 31 MEI INI

TERKINI: MEKAH DIBUKA SEMULA 31 MEI INI

MAKKAH: Arab Saudi mengumumkan “rancangan normalisasi dua fasa” pada awal Khamis (28 Mei) bagi Mekah dengan tujuan untuk melonggarkan langkah-langkah terhadap COVID-19 serta kembali ke kehidupan biasa secara beransur-ansur. Demikian dilaporkan agensi berita Anadolu hari ini.

Fasa pertama akan bermula pada 31 Mei di mana perihal memasuki dan meninggalkan Mekah bakal dibenarkan dari jam 6.00 pagi hingga 3.00 petang, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri melalui kenyataannya.

Solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjid al-Haram akan diteruskan sejajar dengan langkah-langkah kesihatan sedia ada, tambah kenyataan itu.

Baca Lanjut

COVID-19: IKEA JERMAN BAGI UMAT ISLAM GUNA PARKIR UNTUK SOLAT SUNAT AIDILFITRI, 800 JEMAAH HADIR & JAGA “SOCIAL DISTANCING”

COVID-19: IKEA JERMAN BAGI UMAT ISLAM GUNA PARKIR UNTUK SOLAT SUNAT AIDILFITRI, 800 JEMAAH HADIR & JAGA “SOCIAL DISTANCING”

Frankfurt, Jerman – Sebuah cawangan Ikea di sini membuka ruang parkir kenderaannya untuk aktiviti solat sunat Aidilfitri berjemaah dengan penjarakan sosial.

Menurut BBC, sekitar 800 penganut agama Islam dilaporkan solat berjemaah Ahad lalu dengan meletakkan jarak antara satu sama lain.

Pengerusi masjid, Kadir Terzi sebelum ini mencari ruang alternatif bagi membolehkan orang ramai mengamalkan penjarakan sosial ketika solat jemaah Aidilfitri.

Baca Lanjut

COVID-19: WHO ISYTIHAR AMERIKA LATIN PUSAT BAHARU PANDEMIK

Pandangan dari udara ke atas sebuah kawasan dipenuhi kubur baharu di Manaus ketika Brazil bergelut krisis COVID-19. – FOTO AFP

COVID-19: WHO ISYTIHAR AMERIKA LATIN PUSAT BAHARU PANDEMIK

WASHINGTON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan Amerika Latin sebagai ‘pusat baharu’ pandemik COVID-19.

Pada masa sama, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mahu gereja dibuka semula walaupun negara itu masih berdepan ancaman wabak berkenaan.

Minggu ini, Brazil mencatat angka korban melebihi 20,000 mangsa dan bersama 310,000 kes jangkitan, gergasi Amerika Latin itu kini muncul negara ketiga paling terjejas selepas AS serta Russia.

Baca Lanjut

LEBIH SEBULAN TAMATKAN ‘LOCKDOWN’, CHINA KEMBALI DISERANG DENGAN WABAK COVID-19

TERKINI – LEBIH SEBULAN TAMATKAN ‘LOCKDOWN’, CHINA KEMBALI DISERANG DENGAN WABAK COVID-19

Umum tahu China merupakan negara terawal munculnya wabak COVID-19. Negara ini juga walau bagaimanapun berjaya menjadi antara negara terawal mengumumkan mereka bebas daripada wabak COVID-19 serta menamatkan lockdown.

Siapa sangka setelah lebih sebulan menamatkan lockdown, China kembali diserang dengan wabak ini. Menerusi laporan terbaru, sebanyak 5 kes terbaru telah direkodkan namun tiada kes kematian setakat ini.

3895
Baca Lanjut