DILARANG BERHIMPUN, SOLAT DI DATARAN MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI

TERKINI – DILARANG BERHIMPUN, SOLAT DI DATARAN MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI

Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan dataran Masjidil Haram di Makkah dan Madinah dalam usaha membendung penyebaran novel koronavirus (COVID-19), lapor agensi berita Anadolu.

“Ketua dan pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan memutuskan untuk tidak membenarkan jemaah berada di dataran di luar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, bermula Jumaat,” agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA memetik kenyataan Hani bin Haider, jurucakap Ketua Pengarah Alharamain di Madinah.

Sebelum ini, Arab Saudi menggantung semua solat jemaah di masjid-masjid lain di negara itu kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Baca Lanjut

ANGKA KEMATIAN DI ITALI MENGATASI CHINA

TERKINI – ANGKA KEMATIAN DI ITALI MENGATASI CHINA

Itali melaporkan 427 kematian akibat COVID-19 pada Khamis, menjadikan jumlah korban di negara berkenaan meningkat kepada 3,405 orang.

Itali melaporkan 427 kematian akibat COVID-19 pada Khamis, menjadikan jumlah korban di negara berkenaan meningkat kepada 3,405 orang.

Angka tersebut melebihi jumlah kematian di China yang setakat Khamis mencatatkan 3,249 mangsa, kurang 156 dari Itali.

Baca Lanjut

COVID-19: INDIVIDU DARAH ‘A’ LEBIH BERISIKO DIJANGKITI

Hanya sebilangan kecil daripada pesakit berdarah O yang dijangkiti meninggal dunia akibat serangan virus COVID-19. - Foto AFP
Hanya sebilangan kecil daripada pesakit berdarah O yang dijangkiti meninggal dunia akibat serangan virus COVID-19. – Foto AFP

INFO – COVID-19: INDIVIDU DARAH ‘A’ LEBIH BERISIKO DIJANGKITI

BEIJING: Kajian awal dari China mendapati individu mempunyai darah A dipercayai lebih mudah terdedah kepada COVID-19, berbanding mereka yang berdarah O.

Hasil kajian mendapati, sebahagian besar pesakit dari Wuhan dan Shenzhen, China yang dijangkiti dan meninggal dunia adalah dari kumpulan pesakit darah A.

Hanya sebilangan kecil daripada pesakit berdarah O yang dijangkiti meninggal dunia akibat serangan virus itu.

Baca Lanjut

MANGSA COVID-19 TERMUDA, BAYI BARU LAHIR DISAHKAN POSITIF

Gambar: Daily Mail

TERKINI – MANGSA COVID-19 TERMUDA, BAYI BARU LAHIR DISAHKAN POSITIF

Bayi yang baru lahir di England telah menjadi mangsa yang paling muda di dunia yang diuji positif koronavirus.

Ibu kanak-kanak itu tergesa-gesa ke hospital beeberapa hari lalu dengan mengesyaki pneumonia tetapi keputusan positif Covid-19 hanya diketahui selepas kelahiran.

Pasangan ini dirawat di hospital berasingan kerana keadaan ibu difahamkan lebih buruk daripada bayi.

Baca Lanjut