COVID-19: AZIZAN OSMAN, 31 AHLI KELUARGA POSITIF, IBU MENTUA MENINGGAL DUNIA

Azizan turut memaklumkan 31 ahli keluarganya turut dijangkiti wabak tersebut, selain ibu mentuanya dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19. – Gambar Facebook AZIZAN OSMAN

COVID-19: AZIZAN OSMAN, 31 AHLI KELUARGA POSITIF, IBU MENTUA MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Pakar motivasi dan penceramah, Datuk Azizan Osman hari ini mengesahkan beliau dijangkiti wabak COVID-19 selepas berkontak rapat dengan seorang pesakit yang sama pada 7 Januari lalu.

Menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman Facebooknya, Azizan berkata, selain beliau, 31 ahli keluarganya lain turut dijangkiti wabak tersebut. Apa yang turut menyedihkan ialah, ibu mentuanya meninggal dunia akibat pandemik COVID-19.

Berkongsi lebih lanjut, Azizan menggambarkan kejadian yang menimpa beliau itu sebagai sesuatu yang sangat berat dan memeritkan untuk ditanggung.

Baca Lanjut

‘PERGILAH BERMAIN DI TAMAN SYURGA ANAKKU’ – LUAHAN WANITA INI BUAT RAMAI SEBAK

KISAH KEHIDUPAN: ‘PERGILAH BERMAIN DI TAMAN SYURGA ANAKKU’ – LUAHAN WANITA INI BUAT RAMAI SEBAK

Merasai saat kehiilangan seseorang yang kita sayang adalah momen yang sangat pediih apatah lagi, insan tersebut pernah menvmpang dalam r4him kita selama sembilan bulan.

Di Facebook, Nurul Atikah berkongsi kisah mengenai pem3rgian anaknya disebabkan masalah s4luran pern4fasan terlalu sempiit.

Muhammad Yusuf Mikael bin Abdul Gani. Mumy halalkan susu mumy sayang. Mumy redha anakku. Adik tinggal mumy atas p4ngkuan mummy. Mummy mengucap dekat adik, terus adik tersent4k walaupun adik tak sedar. Sakit czer l4hirkan adik pun belum hilang dik. Pergilah bermain di taman syurga anakku. Doa mummy sentiasa mengiringi mu. Anak yang sangat baik. Lepas ni ta ada yang kejut mummy ajak main 4 pagi. Tak ada lagi gelak tawa anak mumy. Allahuakbar sesungguhnya ujian mu terlalu berat ya Allah. Aku redhaa, aku p4srah. Tunggu mummy abah dan abang ya sayang. Allah tak akan uji di luar kem4mpuan kita. Maafkan mummy anakku.

Baca Lanjut

AL-FATIHAH BUAT IBU – WANITA KONGSI PENGALAMAN DIRI DAN 16 AHLI KELUARGA POSITIF COVID-19

Myra Jijie memaklumkan dia sekeluarganya tidak dapat menghadiri upacara pengebumian ibunya. – Gambar Facebook Myra Jijie | Sumber Astro Awani

KISAH KEHIDUPAN: AL-FATIHAH BUAT IBU – WANITA KONGSI PENGALAMAN DIRI DAN 16 AHLI KELUARGA POSITIF COVID-19

KUALA LUMPUR: “Maka tercetuslah Kluster Permatang daripada ibuku.

“Sebenarnya kami pun tidak tahu datang daripada mana, sesungguhnya soalan ini tidak mampu aku jawab, sebab COVID-19 Itu, kita tidak nampak, kalau nampak senang aku bagi tahu datang daripada siapa,” begitulah luahan seorang pesakit COVID-19, Myra Jijie di laman sosial Facebooknya.

Dalam perkongsian itu, Myra memaklumkan semalam (20 November 2020) adalah hari ke-20 dia menerima rawatan di hospital selepas disahkan positif COVID-19, daripada Kluster Permatang.

Baca Lanjut

7 PERNIAGAAN USTAZ EBIT LEW YANG MUNGKIN KITA TAK TAHU

Ustaz Ebit Lew | Gambar – Google

Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew, pasti kita akan mengenali seorang ustaz yang lemah lembut tutur katanya dan terkenal dengan ayatnya “Allah Sayang Kita”.

Ustaz Ebit Liew atau nama sebenar beliau Ebit Irawan bin Ibrahim Lew juga dikenali umum sebagai seorang ustaz berbangsa Cina yang dermawan.

Apakah perniagaan yang diusahakan beliau sehingga mampu membantu orang lain dengan mudah?

Baca Lanjut