‘ARWAH SOLAT LAMA BERBANDING BIASA’

Gambar – Metro

KISAH KEHIDUPAN – ‘ARWAH SOLAT LAMA BERBANDING BIASA’

“TIADA kelakuan ganjil pada arwah tetapi sebelum kehilangannya pada 13 Mac lalu, dia solat agak lama berbeza kebiasaan,” kata Nur Syafiqa Ahmad Alaudin.

Nur Syafiqa, 23, adalah kakak kepada Ahmad Farid, 19, yang mayatnya ditemui orang awam di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara dekat Nilai, pada 12 tengah hari semalam.

Mangsa yang dipercayai terbabit dalam kemalangan gagal dikesan selama 42 hari apabila keluar rumah sejak 10.30 malam 13 Mac lalu sehinggalah mayatnya ditemui, semalam.

Baca Lanjut

ADIK HILANG SEJAK 13HB MAC AKHIRNYA DITEMUI TELAH MENINGGAL DI LEBUHRAYA

Gambar dari Facebook – Ain Alaudin

KISAH KEHIDUPAN – ADIK HILANG SEJAK 13HB MAC AKHIRNYA DITEMUI TELAH MENINGGAL DI LEBUHRAYA

Sejak malam tadi telah tular sebuah lontaran facebook oleh seorang individu bernama Ain Alaudin yang menceritakan detik-detik kehilangan adik bongsunya yang sangat disayangi.

Menurut lontaran facebook tersebut, adiknya kali terakhir dilihat adalah pada 13hb Mac 2020 yang lalu dan setelah itu adiknya langsung tidak dapat dihubungi sehingga semalam setelah 42 hari menghilang barulah ada khabar berita yang diterima oleh keluarga mereka.

Namun, bukanlah berita gembira yang diterima oleh mereka tetapi sebuah berita sedih yang memaklumkan penemuan rangka mayat di tengah lebuhraya yang dipercayai milik adik bongsu mereka itu.

Baca Lanjut

LELAKI MAHU PUKUL IBU GUNA CANGKUL SELEPAS DIGANGGU KETIKA TIDUR

Gambar – Google

KISAH KEHIDUPAN – LELAKI MAHU PUKUL IBU GUNA CANGKUL SELEPAS DIGANGGU KETIKA TIDUR

PARIT, 25 April — Berang diganggu ketika tidur, seorang lelaki nekad hendak memukul ibunya menggunakan sebatang cangkul dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Ulu Dedap, Kampung Gajah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, suspek yang berumur 32 tahun dan bekerja sebagai pembantu di kedai makan milik ibunya turut memukul dua adik perempuannya menggunakan penyapu. 

Katanya, kejadian berlaku apabila suspek sedang tidur di atas katil di ruang rehat rumah sebelum seorang adiknya berumur 15 tahun mahu menyapu ruangan itu.

Baca Lanjut

TIGA BERANAK HILANG TEMPAT TINGGAL

KISAH KEHIDUPAN – TIGA BERANAK HILANG TEMPAT TINGGAL

KUALA TERENGGANU: Tiga beranak warga emas termasuk seorang daripadanya Orang Kelainan Upaya (OKU) hilang tempat tinggal apabila kediaman didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Ladang Paya, Kuala Terengganu, pagi ini.

Dugaan pada hari pertama Ramadan itu menyebabkan keluarga terbabit tinggal sehelai sepinggang apabila semua pakaian dan peralatan serta barangan elektrik musnah dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kota, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Abdullah Zawawi Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 12 tengahari sebelum tiga jentera bomba dan penyelamat membabitkan sebuah dari BBP Jalan Kota dan dua dari BBP Kuala Terengganu dikejarkan lokasi kejadian.

Baca Lanjut