‘REHATLAH AYAH..’ KETIKA ANAK MASIH DALAM KUARANTIN, AYAH PERGI SELAMANYA KERANA COVID-19

KISAH KEHIDUPAN – ‘REHATLAH AYAH..’ KETIKA ANAK MASIH DALAM KUARANTIN, AYAH PERGI SELAMANYA KERANA COVID-19

Innalillahiwainnailaihirojiun.. sebaknya hati seorang anak apabila tak dapat menatap wajah jenazah ayah buat kali terakhir disebabkan virus Covid-19.

Syahira Idris antara pesakit positif Covid-19. Begitu juga kakaknya, dan ketika ini mereka sedang dikuarantin di hospital. Sebelumnya, arwah ayah, Idris Bin Atan dijangkiti dari seseorang yang positif Covid-19.

Arwah ayahnya sudah membuat ujian saringan malah selepas pemeriksaan, keadaan ayahnya stabil. Mereka sekeluarga juga dikuarantin dan melalui ujian saringan Covid-19.

Baca Lanjut

PERKONGSIAN PENGALAMAN SEORANG LELAKI YANG POSITIF COVID-19 DAN KINI DIRAWAT DI HKL

KISAH KEHIDUPAN – PERKONGSIAN PENGALAMAN SEORANG LELAKI YANG POSITIF COVID-19 DAN KINI DIRAWAT DI HKL

Tular di media sosial seorang lelaki bernama Adnan Faisal telah berkongsi pengalaman beliau yang kini dirawat akibat positif Covid-19.

Segalanya bermula apabila beliau menguruskan kenduri perkahwinan Abangnya.

Kini ibu abang dan isteri abangnya telah disahkan positif Covid-19 termasuk ibu beliau. Datuk beliau pula kini sedang bertarung nyawa di Hospital Batu Pahat, Johor akibat Covid-19 juga.

Baca Lanjut

AKHIRNYA COVID-19 ADA DI KALANGAN KELUARGA KAMI

KISAH KEHIDUPAN – AKHIRNYA COVID-19 ADA DI KALANGAN KELUARGA KAMI

Akhirnya COVID-19 ada di kalangan keluarga kami 😔 Innalillahiwainnailaihirojiu’n. Ini realiti. Bukan kebetulan.

Begitulah luahan hati seorang wanita di laman facebooknya apabila dapat tahu bahawa salah seorang ahli keluarganya disyaki mengidap wabak penyakit covid-19.

Wanita tersebut adalah Nurul Izzah Mohd Shah di mana beliau telah memuat naik status dan beberapa gambar tangkap layar applikasi whatapp bagi menjelaskan situasi yang telah menimpa beliau.

Ini adalah mimpi ngeri dalam hidup kita pada waktu ini kerana sudah pasti penyakit ini adalah yang paling ditakuti oleh setiap orang kerana kesannya boleh membawa kepada kematian.

Baca Lanjut

“SAYU JER TENGOK YANG BERTUGAS,” EBIT LEW BELANJA KFC PADA STAF HOSPITAL SUNGAI BULOH

KISAH KEHIDUPAN – “SAYU JER TENGOK YANG BERTUGAS,” EBIT LEW BELANJA KFC PADA STAF HOSPITAL SUNGAI BULOH

Umum telah mengetahui bahawa wabak virus yang dikenali sebagai Covid-19 ini telah mengancam seluruh dunia. Ribuan manusia telah dilaporkan meninggal dunia akibat dijangkiti dengan virus ini.

Negara kita juga turut tidak terkecuali selepas mencatatkan ratusan kes positif dan angka kematian sebanyak 2 orang setakat ini. Oleh disebabkan itu, kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang merangkumi seluruh Malaysia bagi memutuskan rantaian jangkitan akibat daripada virus ini.

Susulan daripada itu, semalam telah tular beberapa foto daripada petugas kesihatan barisan hadapan kita yang memohon agar rakyat Malaysia duduk di rumah sementara mereka berjihad bagi pihak kita semua untuk memerangi wabak ini.

Baca Lanjut