KISAH KEHIDUPAN – AKHIRNYA COVID-19 ADA DI KALANGAN KELUARGA KAMI

Akhirnya COVID-19 ada di kalangan keluarga kami 😔 Innalillahiwainnailaihirojiu’n. Ini realiti. Bukan kebetulan.

Begitulah luahan hati seorang wanita di laman facebooknya apabila dapat tahu bahawa salah seorang ahli keluarganya disyaki mengidap wabak penyakit covid-19.

Wanita tersebut adalah Nurul Izzah Mohd Shah di mana beliau telah memuat naik status dan beberapa gambar tangkap layar applikasi whatapp bagi menjelaskan situasi yang telah menimpa beliau.

Ini adalah mimpi ngeri dalam hidup kita pada waktu ini kerana sudah pasti penyakit ini adalah yang paling ditakuti oleh setiap orang kerana kesannya boleh membawa kepada kematian.

12 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Setakat Ini, Seorang Dirawat Di ICU –>

Beliau menulis di facebook beliau yang mendapat perhatian ramai rakan-rakan facebook nya yang mana rata-rata memberi kata-kata semangat dupaya beliau tabah dan kuat.

Perkongsian beliau yang mungkin boleh menjadi pengajaran kepada kita supaya duduk di dalam rumah dan jangan keluar sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia bermula 17hb Mac sehingga 31hb Mac 2020 ini.

Jemaah tabligh yang tinggal di depan rumah adik saya di Parit Raja, datang ke institusi pendidikan kami Kemaman sekarang positif C-19. Suami saya lakukan self-quarantine. Jemaah lain tinggal di kampung kakak saya menyebabkan jemaah masjid harian berisiko, dan salah seorang daripadanya adalah saudara kami sendiri. Dia pula baru bertemu dan makan bersama cucu-cucu kerana musim cuti sekolah. Cucu itu adalah anak saudara saya, dan kemudian kakak saya pergi ke rumah emak saya. Sekarang dua orang anak saudara sedang on off demam.

Lihatlah rantaian ini!

Allah Maha Mengetahui. InshaAllah semua pasti kembali pulih sihat dan sentiasa dalam lindunganNYA.

TOLONG DUDUK DI RUMAH MASING-MASING, wabak sudah banyak tersebar sebelum hari sekatan pergerakan. Jadi masa inilah kita mampu berusaha untuk cuba hentikan penyebarannya daripada menjadi semakin banyak.

Ada yang masih tidak faham 😖 kerana belum terkena pada batang hidung sendiri

Dilarang Berhimpun, Solat Di Dataran Masjidil Haram, Masjid Nabawi –>

Sumber : Facebook