4 JUTA PENGGUNA DOMESTIK NIKMATI ELEKTRIK PERCUMA

Gambar – Google

TERKINI: 4 JUTA PENGGUNA DOMESTIK NIKMATI ELEKTRIK PERCUMA

PUTRAJAYA: Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan.

Pengguna yang terbabit akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada Julai dalam bentuk rebat.

Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300kWj sebulan pula akan menerima potongan bil sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 dan bayaran itu juga akan dikreditkan semula dalam bil Julai.

Baca Lanjut

ARWAH NURUL HUDA HAMIL LIMA BULAN

Nurul Huda meninggal dunia di tempat kejadian selepas Toyota Vios dinaikinya bertembung pacuan empat roda di Kilometer 72, Jalan Ipoh-Gerik berdekatan Kampung Kuak, Sauk, Kuala Kangsar, semalam | Gambar Harian Metro

SUSULAN KEMALANGAN: ARWAH NURUL HUDA HAMIL LIMA BULAN

“HARI raya tahun ini arwah kelihatan begitu beriya-iya mahu bergambar sekeluarga bersama dalam sesi khas, namun tidak sangka ia petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” kata Mohd Helmi Arifin, 45, abang kepada mangsa kemalangan maut, Nurul Huda, 31.

Nurul Huda meninggal dunia di tempat kejadian selepas Toyota Vios dinaikinya bertembung pacuan empat roda di Kilometer 72, Jalan Ipoh-Gerik berdekatan Kampung Kuak, Sauk, Kuala Kangsar, semalam.

Turut maut dalam kemalangan itu adalah suami Nurul Huda, Abdul Hakim Hashim, 32, dan anak bongsu mereka, Adib Aidan, 2, yang meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar (HKK).

Baca Lanjut

KES MENINGKAT, TERBAHARU PENUNTUT RUGI RM99,040

JENAYAH: KES MENINGKAT, TERBAHARU PENUNTUT RUGI RM99,040

SINDIKET Macau Scam di Negeri Sembilan meningkat 45 peratus, khususnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bersyarat (PKPB).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, sebanyak 127 kes direkodkan bagi enam bulan pertama tahun ini hingga 16 Jun lalu, dengan nilai kerugian dianggar RM3.6 juta.

Katanya, jumlah itu berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatat 27 kes dengan kerugian RM1.5 juta.

Baca Lanjut

COVID-19: 333 KES PULIH, JUMLAH TERTINGGI SEJAK PKP

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. – Foto BERNAMA

COVID-19: 333 KES PULIH, JUMLAH TERTINGGI SEJAK PKP

PUTRAJAYA: Sebanyak 333 kes pulih daripada jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak 307 kes membabitkan bukan warganegara.

Katanya, dengan pertambahan jumlah kes pulih itu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 7,733 kes atau 90.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Baca Lanjut