SASAR SIFAR KES MENJELANG PERTENGAHAN JULAI – KP KESIHATAN

Gambar – BERNAMA

COVID-19: SASAR SIFAR KES MENJELANG PERTENGAHAN JULAI – KP KESIHATAN

PUTRAJAYA, 24 Julai — Susulan keadaan COVID-19 di Malaysia yang kini terkawal, Kementerian Kesihatan mengunjurkan sifar kes positif baharu dapat dicapai menjelang pertengahan Julai dengan syarat rakyat mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata pemodelan kementerian mendapati sasaran berkenaan boleh dicapai sekiranya SOP, terutama dalam penjarakan sosial, memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan atau menggunakan pensanitasi tangan diamalkan sepenuhnya.

Angka kes jangkitan baharu yang kecil, jumlah pesakit yang dibenarkan keluar hospital yang tinggi serta kadar kematian yang rendah memberi keyakinan bahawa sasaran itu dapat dicapai, katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini situasi COVID-19 negara, di sini hari ini.

Baca Lanjut

BAKAL BUKA 10 CAWANGAN PASARAYA DAN JUAL BARANGAN DENGAN HARGA PALING RENDAH, EBIT LIEW MOHON DOA ORANG RAMAI

KISAH KEHIDUPAN: BAKAL BUKA 10 CAWANGAN PASARAYA DAN JUAL BARANGAN DENGAN HARGA PALING RENDAH, EBIT LIEW MOHON DOA ORANG RAMAI

Penceramah dan pendakwah bebas , Ustaz Ebit Lew memohon doa ramai agar impiannya untuk membuka 10 cawangan pasar raya menjual barangan runcit yang dikenali sebagai Elews Mart berjaya direalisasikan.

Berbeza berbanding kedai runcit lainnya, Ebit merancang untuk membuka ‘food bank’ di setiap cawangan Elews Mart selain mahu menjual barangan runcit dengan harga paling murah.

Pada masa sama, dia turut mahu membuka peluang pekerjaan kepada yang berminat.

Baca Lanjut

PEMANDU LAWAN ARUS SEBABKAN KEMATIAN DIJEL LIMA TAHUN

Seorang model sambilan dihukum penjara lima tahun dan didenda RM18,000 selepas didapati bersalah kerana memandu melawan arus hingga menyebabkan kematian seorang lelaki dalam kemalangan tiga tahun lalu | Gambar Sinar Harian

TERKINI: PEMANDU LAWAN ARUS SEBABKAN KEMATIAN DIJEL LIMA TAHUN

BUKIT MERTAJAM – [DIKEMASKINI] Seorang model sambilan dihukum penjara lima tahun dan didenda RM18,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini kerana memandu melawan arus hingga menyebabkan kematian seorang lelaki dalam kemalangan tiga tahun lalu.

Majistret, Sri Pracha Nanthini Baladebha menjatuhi hukuman itu terhadap Ng Pei Ven, 22, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Pei Ven yang tidak bekerja tetap itu didapati bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca Lanjut

CARA MEMOHON TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

CARA MEMOHON TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak memperuntukkan sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran Negeri Perak mulai tahun 2010 sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasioanla (SSPN-i) di bawah PTPTN.

Sebagai anak Perak rugi sangat sekiranya kita tidak mengambil kesempatan ke atas inisiatif yang disediakan oleh Pihak Kerajaan Negeri kepada kita semua.

Inilah peluang yang sangat berguna dan perlu dimanfaatkan.

Baca Lanjut