SETIANYA SEORANG SUAMI SEHINGGA BAWA GAMBAR ISTERI KE PERKAHWINAN ANAKNYA

KISAH KEHIDUPAN – SETIANYA SEORANG SUAMI SEHINGGA BAWA GAMBAR ISTERI KE PERKAHWINAN ANAKNYA

Pakcik orang hebat!

Diceritakan oleh anaknya, awal-awal pagi lagi sebelum majlis beliau telah keluar balik ke Ipoh (kediamannya) dan pulang semula ke Parit, hanya untuk mengambil ‘sampul’ itu, Ye, beliau membawa kemana sahaja ‘sampul’ itu, mungkin tempat untuk letak ‘ang pau’ orang bersalam agaknya.

Semalam sebak rasanya bila melihat gambar dikeluarkan dari pouch bag nya. Hari ini, perasaan itu datang lagi, berkaca jugalah mata bilamana melihat isi ‘sampul’ yang dikeluarkannya adalah gambar arwah isterinya (Large scale) yang ‘lebih terang’, katanya.

Mungkin risau gambar isterinya tak cukup jelas, maka diambilnya gambar yang lebih besar. Rasa bersalah pula saya tak tunjuk gambar dari kamera padanya.

Baca Lanjut

PESAKIT YANG DISAHKAN 2019-nCoV DI HOSPITAL SULTANAH MALIHA LANGKAWI, TELAH DIBENARKAN PULANG

Kredit Gambar – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

TERKINI : KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pada 29 Januari 2020, satu (1) kes melibatkan seorang kanak-kanak perempuan warganegara China telah dilaporkan positif bagi jangkitan 2019-nCoV dan dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Dalam tempoh rawatan dan pemantauan ini, sampel klinikal telah diambil semula sebanyak dua kali berturut-turut.

Hasil ujian pengesanan ulangan 2019-nCoV yang dijalankan ke atasnya sebanyak dua (2) kali ini, telah didapati negatif. Beliau kini berada dalam keadaan sihat dan telah dibenarkan pulang.

Baca Lanjut

PUTUS KAKI KERANA KEMALANGAN, KISAH POSMEN ‘KUDUNG’ BANGKIT SEMULA DEMI KELUARGA

KISAH KEHIDUPAN – PUTUS KAKI KERANA KEMALANGAN, KISAH POSMEN ‘KUDUNG’ BANGKIT SEMULA DEMI KELUARGA

Kemalangan jalan raya adalah satu perkara yang menjadi iagauan kepada pengguna jalan raya. Kadang-kadang kemalangan boleh terjadi kerana kecuaian diri sendiri, dan boleh jadi juga kita menjadi mangsa kepada kesilapan orang lain.

Tapi yang pastinya, kemalangan seringkali memberi penderitaan. Jika tidak kehilangan nyawa, pasti anda kecederaan lain yang boleh menjejaskan kehidupan di masa akan datang.

Itulah yang dialami oleh salah seorang Posmen yang kehilangan kaki akibat kemalangan tapi berjaya bangkit semula demi kehidupan dan keluarganya. Ikuti kisah menakjubkan dibawah yang dikongsikan oleh Friends of Posmen.

Baca Lanjut

(VIDEO) 133 RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN SELAMAT TIBA DI KLIA

Kredit foto: BERNAMA

(VIDEO) 133 RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN SELAMAT TIBA DI KLIA

SEPANG, 4 Feb – Pesawat khas yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China yang dilanda wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi ini.

Pesawat AirAsia yang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia itu, tiba pada 5.57 pagi.

Seramai 107 orang dibawa pulang melalui penerbangan khas itu yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.

Baca Lanjut