KASIH IBU HINGGA KE SYURGA, 3 BERANAK MAUT DIHEMPAP POKOK SAWIT

KEMALANGAN – KASIH IBU HINGGA KE SYURGA, 3 BERANAK MAUT DIHEMPAP POKOK SAWIT

‘Malang tidak berbau’, perumpamaan itu boleh diungkap bersama kemalangan yang menimpa satu keluarga pada pagi ini. Tragedi hitam berlaku buat 3 beranak apabila motosikal yang ditunggang ibunya dihempap sebatang pokok kelapa sawit.

Kejadian malang ini berlaku di Jalan Batu Puteh, Batu Pahat. Menerusi Harian Metro, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu telah meragut nyawa 3 beranak tersebut.

Baca Lanjut

RON95 TURUN 4SEN, DIESEL TURUN 10SEN TENGAH MALAM INI

RON97 pula turun 7 sen, berdasarkan harga baru yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, susulan penurunan harga minyak global.

TERKINI – RON95 TURUN 4SEN, DIESEL TURUN 10SEN TENGAH MALAM INI

Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga petrol RON95 dan RON97 serta diesel, berkuat kuasa 8 Februari hingga 14 Februari.

Harga RON95 turun 4 sen kepada RM2.04 seliter, RON95 turun 7 sen kepada RM2.34 seliter, dan diesel turun 10 sen kepada RM2.08 seliter.

Sebelum ini, harga RON95, RON97 dan diesel masing-masing RM2.08, RM2.41 dan RM2.18 seliter.

Baca Lanjut

DOKTOR YANG CUBA BERI AMARAN AWAL KORONAVIRUS TETAPI DITUDUH SEBAR BERITA PALSU DILAPORKAN MENINGGAL DUNIA

TERKINI – DOKTOR YANG CUBA BERI AMARAN AWAL KORONAVIRUS TETAPI DITUDUH SEBAR BERITA PALSU DILAPORKAN MENINGGAL DUNIA

Seorang doktor China yang diangkat sebagai hero kerana cuba untuk memberi amaran berkenaan koronavirus pada awal-awal penularan virus itu telah meninggal dunia, lapor media tempatan.

Doktor Li Wenliang, 34, cuba untuk memberitahu kepada rakan-rakan doktornya berkenaan dengan wabak tersebut pada akhir Disember lalu. 3 Hari kemudian, pihak polis datang berjumpa dengannya dan menyuruhnya untuk berhenti berbuat demikian.

Dia telah memuat naik kisahnya itu di katil hospitalnya pada bulan lalu di laman sosial Weibo.

Baca Lanjut

KASIH AYAH HINGGA KE AKHIR HAYAT

Kredit foto: Berita Harian

KISAH KEHIDUPAN – KASIH AYAH HINGGA KE AKHIR HAYAT

ALOR SETAR: “Walaupun demam sejak tiga hari lalu, arwah sanggup menemani anak bongsunya menghadiri temuduga kerja hari ini.

“Tak sangka pula ajalnya sampai ketika sedang menunggu anak perempuannya selesai temuduga,” kata Mohd Ali Ahmad, 55, sepupu kepada Mustafa Ariffin, 60-an yang ditemui meninggal dunia dalam kereta Proton Wira di tempat parkir hadapan Wisma Persekutuan di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi tadi, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan oleh orang awam yang ternampak mangsa dalam keadaan mencurigakan.

Baca Lanjut