TAHNIAH, TIADA KES POSITIF RAKYAT TEMPATAN DALAM NEGARA

TERKINI: TAHNIAH, TIADA KES POSITIF RAKYAT TEMPATAN DALAM NEGARA

PENCAPAIAN membanggakan apabila tiada kes positif Covid-19 dicatatkan membabitkan rakyat tempatan di dalam negara, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini adalah pencapaian boleh dibanggakan selepas pelbagai usaha dilaksanakan menggunakan pendekatan seluruh jentera kerajaan dan masyarakat.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan maklumat terbaharu daripada jumlah kes harian penularan dalam negara dalam kalangan warganegara.

Baca Lanjut

DIRGAHAYU TUANKU

“Dirgahayu Tuanku”

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada Isnin, 8 Jun 2020.

Sembah Takzim Daripada;

Seluruh Anggota Kabinet dan Ahli di bawah naungan Kumpulan PUBI;

TARIKH BAYARAN BSH FASA 3 (JULAI) & TAMBAHAN BSH RM150 SEORANG

INFO: TARIKH BAYARAN BSH FASA 3 (JULAI) & TAMBAHAN BSH RM150 SEORANG

Berikut adalah tarikh bayaran BSH fasa 3 yang dijangka dibayar pada bulan Julai nanti. Untuk makluman, pembayaran BSH fasa 2 telah pun bermula 16 Mac lepas.

Manakala bantuan BPN telah selesai dikreditkan ke akaun pemohon sepanjang bulan Mei lepas. Bagi penerima GKP pula, pembayarana kan dibuat bermula 15 Jun nanti sebanyak RM3,000.

Semakan Status pembayaran Bantuan Sara Hidup boleh dibuat pada Portal BSH > Menu Semakan Status Permohonan (Maklumat Pembayaran BSH 2020).Berikut merupakan paparan status pembayaran dan tindakan yang perlu diambil:

Baca Lanjut

PKPP: RENTAS NEGERI DIBENARKAN MULAI RABU INI

Gambar fail, anggota Polis memeriksa dokumen perjalanan dari setiap kenderaan di sekatan jalan raya yang dibuat sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – Foto Berita Harian

PKPP: RENTAS NEGERI DIBENARKAN MULAI RABU INI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

PKPP antara lain membenarkan pergerakan rentas negeri selain beberapa aktiviti yang dilarang ketika PKPB akan dibenarkan.

“Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD,” katanya dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

Baca Lanjut