JOM DAFTAR – BENGKEL USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!


PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

PUBI Perak melalui kerjasama dengan pihak Haaza telah bersetuju untuk menyediakan tempat latihan yang sangat ekslusif kepada pihak PUBI Perak untuk menjalankan bengkel kemahiran yang sangat ditunggu-tunggu iaitu Bengkel Kemahiran Membuat Mee Kuning yang boleh disejukbekukan (Frozen).

Untuk pengetahuan semua, bengkel kemahiran membuat mee kuning ini adalah kali yang ke-4 anjuran Jawatankuasa Pembangunan Wanita PUBI Perak yang diketuai oleh Pn Zuraida Zulkepli.

Manakala tenaga pengajar bagi kursus kemahiran ini pula adalah Sis Lea atau nama sebenar beliau adalah Pn. Jamaliah Binti Md Yatim yang sangat terlatih dan berpengalaman.

Beliau juga merupakan tenaga pengajar bertauliah dan diiktiraf oleh JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) dan juga merupakan salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Kecil bagi JK Pembangunan Wanita serta Ahli Berdaftar PUBI Perak.

Haaza Centre of Excellence adalah salah sebuah pusat pengajian swasta yang pakar di dalam bidang masakan dan kulinari di Bandaraya Ipoh ini.

Pendaftaran bagi Bengkel Kemahiran ini telah dibuka dan teruskan membaca untuk dapatkan info lanjut di bawah ini.


BENGKEL KEMAHIRAN MEMBUAT MEE KUNING ANJURAN BERSAMA PUBI PERAK DAN HAAZA CENTRE OF EXCELLENCE KINI DATANG LAGI!

Maklumat bengkel kemahiran ini adalah seperti berikut;

Tarikh: 08hb Februari 2019 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat: HAAZA Centre of Excellence, No 49, Jalan Lapangan Terbang, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

*Berhampiran Masjid Kampung Melayu Gunung Rapat.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN & BAYARAN;

➡ Bilangan Peserta: Terhad kepada 30 orang terawal sahaja (Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan)

➡ Syarat Penyertaan: Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas sahaja.(Wanita diberi keutamaan)

➡ Bayaran masuk: RM70 seorang (DISKAUN RM10 UNTUK AHLI BERDAFTAR PUBI PERAK)

➡  Bengkel kemahiran ini dibuka kepada semua Ahli & Bukan Ahli PUBI Perak atau sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas warganegara Malaysia.

Nota: Sila bawa sendiri mesin pengisar mee (Wajib)


KENAPA ANDA WAJIB MENYERTAI BENGKEL INI!

✅ Bengkel ini dijalankan oleh tenaga pengajar yang diiktiraf DAN BERPENGALAMAN.

✅ Anda akan dapat mempelajari resepi serta teknik mudah untuk membuat mee kuning di rumah.

✅ Anda juga boleh memulakan bisnes menjual mee kuning secara kecil-kecilan dengan MODAL YANG SANGAT KECIL.

✅ Kami juga akan menjemput wakil dari pihak TEKUN Nasional untuk berkongsi panduan membuat pinjaman serta mendapatkan bantuan kewangan dari pihak mereka.

✅ Kami juga akan menjemput pakar pelabelan dan nutrisi berkongsi pengetahuan berkaitan perlabelan makanan yang diiktiraf oleh industri pemakanan dunia.

➡ Sijil Penyertaan ‘Bengkel Kemahiran’ akan disediakan oleh Pihak HAZZA Centre of Excellence.


SESIAPA SAHAJA WARGA MALAYSIA BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS DIGALAKKAN UNTUK JOIN BENGKEL KEMAHIRAN MEMBUAT MEE KUNING INI.

Pendaftaran Bengkel Kemahiran Membuat Mee Kuning Anjuran PUBI Perak Dengan Kerjasama Haaza Centre of Excelence Kini Telah Dibuka!

Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini! Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 011-39553211 (Pn. Shams).

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 24hb Disember 2019 (Rabu)


JOM DAFTAR SEGERA BENGKEL USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!

PENDUDUK LUAR IPOH PUN DIGALAKKAN UNTUK MENYERTAI BENGKEL KEMAHIRAN MEMBUAT MEE KUNING ANJURAN PUBI PERAK DENGAN KERJASAMA HAAZA CENTRE OF EXCELLENCE


Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan

Pn. Zuraida Zulkepli
Ahli Jawatankuasa PUBI Perak merangkap Ketua JK Pembangunan Wanita PUBI Perak

Koleksi gambar Kursus Kemahiran Membuat Mee Kuning Anjuran PUBI Perak Dengan Kerjasama Haaza Centre of Excelence yang telah berlangsung sebelum ini pada 29hb Jun 2019 yang lalu.