PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 29hb Jun 2019 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) melalui JK Pembangunan Wanta yang diketui oleh Pn Zuraida telah menganjurkan Kursus Kemahiran Membuat Mee Kuning (Frozen) dengan kerjasama Haaza Centre of Excellence. .

Kursus kemahiran ini adalah Siri ketiga yang dianjurkan oleh PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh semenjak tahun 2018 lagi.

Pada sebelah pagi, acara pembukaan dan ucapan alu-aluan telah dimulakan oleh Naib Pengerusi PUBI Perak iaitu En Mohd Fhami di aman beliau telah memberi taklimat berkaitan dengan kebaikan serta manfaat keahlian PUBI Perak serta keanggotaan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd atau KOPUBI Perak Bhd.

Pihak PUBI Perak juga menjemput wakil daripada TEKUN Nasional yang hadir untuk memerikan Taklaimat berkaitan fasiliti yang disediakan oleh pihak TEKUN di dalam usaha membangunkan usahawan.

Alhamdulillah, hampir 30 orang peserta telah menyertai Kursus ini pada hari tersebut dan para peserta sangat beruntung kerana tenaga pengajar untuk bengkel ini adalah Pn Jamaliah Md Yatim yang sangat berpengalaman dan bertauliah.

Kursus kemahiran membuat Mee Kuning alhamdulillah berjalan dengan lacar dan setiap peserta sangat teruja dan berpuas hati dengan latihan yang diberikan.

Program pada sebelah petang pula berlangsung Taklimat berkaitan Pembungkusan, Pelabelan dan Nutrisi Makanan dimana ianya disampaikan oleh wakil daripada Syarikat KBIO Corporation Sdn Bhd.

Tetemu kehormat yang hadir bagi membuat Perasmian Penutup dan penyampian sijil adalah wakil daripada ADUN Sungai Rapat iaitu Yang Berusaha Tuan Haji Mat Razali yang juga merupakan Ahli Majlis Perbandaran Batu Gajah.

Beliau turut menyampaikan salam daripada ADUN Sungai Rapat yang tidak dapat turut bersama iaitu Yang Berhormat Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin merangkap Exco Kerajaan Negeri Perak. Seterusnya beliau telah tampil untuk menyampaikan sijil penyertaan untuk semua peserta yang terlibat.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan

Sis Lea
JK Pembangunan Wanita PUBI Perak